tarikan singapura - madame tussauds singapore kungfupanda

Madame Tussauds Singapore

Nak berselfie, wefie dengan selebriti luar negeri? Datang ke sini.

Tapi bukan selebriti betul lah bang. Sebab kat sini selebritinya semuanya cuma lilin. Tapi memang dengan tinggi dan dengan saiz badan yang betul.

Kat Malaysia pun ada wax museum macam ini. Tapi Madame Tussauds memang tempat asal yang mempopularkan patung lilin ini. Jadi kalau dah alang-alang kat Singapore, boleh tengok beza patung lilin Madame Tussauds dengan yang ada kat iCity atau Wax Museum Penang.

madame-tussauds singapore starwarsDisebabkan ini Madame Tussauds yang dibuat kat Asia Tenggara, anda akan jumpa tokoh-tokoh Asia. Kalau pemimpin dunia, ada Sukarno. Kalau artis, dah tentu adanya artis KPop, dan kalau pelakon, boleh juga belek dan bergambar dengan superstar Bollywood.

Untuk peminat superhero, anda boleh tengok berapa tinggi atau besar superhero Ironman dan Captain America kat kawasan Marvel.

madame-tussauds-singapore-timberlake

Kelainan di Madame Tussauds Singapore

Kat Singapore ini, ada satu benda extra yang jadikan ia unik. Kat yang di Singapura ini anda juga boleh naik bot dan merasa pengalaman melalui laluan artistik di Spirit of Singapore. Tapi ini perlukan tiket berbayar extra.

Soalan Lazim

  1. Boleh pegang tak patung lilin di sini?
    Ya, boleh pegang, tak ada masalah. Jangan panjat sampai patah tangan patung tu sudahlah.
  2. Boleh bawa masuk stroller baby tak kat dalam?
    Tak boleh kak.

Harga Tiket

Dewasa (SGD)Kanak2 (SGD)
Walk-In Ticket Price4432
Beli Tiket Murah Tarikan Ini
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Jan 2024

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10 pg – 8:30 mlm

JomJalan Seluruh Singapura

Tempat menarik lain kat Spore
Promosi tarikan & flight ke Spore

 

Jomjalan