Tentang Tarikan Ini :
Dan Melaka juga tidak mahu kalah apabila Magic Art 3D Museum Melaka dibuka, dan dinobatkan sebagai muzium 3D kedua terbesar di Malaysia selepas Langkawi.
Dan kalau muzium 3D Langkawi menggunakan kepakaran artis Korea, muzium Magic Art Melaka ini menggunakan kehebatan pelukis Thailand untuk menyiapkan lukisan dalam ruang 7,000 kaki persegi ini.
Untuk Kaki Selfie
Ada 8 tema lukisan untuk anda beraksi — dari tema dalam aquarium dan kuil lama sampailah ke tema tempatan Melaka sendiri.
Kalau anda kaki selfie, muzium yang terletak di Bayou Lagoon mungkin patut anda jenguk.
Tapi kalau tak, harga tiketnya yang tinggi mungkin tidak berbaloi untuk dibayar.
Dekat Dengan Water Park
Tempat ini sebenarnya dibuat dalam Bayou Resort.
Dan disebabkan itu, kalau tak mahu ke muzium 3D ini, anda sekeluarga boleh layan Bayou Resort water park juga.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Isnin - Jumaat | 18 | 15 |
Hujung Minggu / Cuti | 22 | 18 |
Beli Tiket Murah Tarikan Ini | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Ogos 2022 |