KEDAI CENDERAMATA
Barang Antik
Terletak berhampiran dengan Waterfront Kuching, kawasan Main Bazaar bukan sahaja terkenal sebagai jalan tertua di sini, tapi dia juga dipenuhi dengan dengan kedai kraftangan dan cenderamata.
Ada kedai yang nampak macam galeri seni, ada yang macam kedai menjual barang antik.
Tapi apa yang penting kawasan ini ada lebih daripada cenderamata biasa.
Semuanya terpulang kepada bajet anda, sebab ia ada cenderamata murah sehinggalah barang seni yang nilainya beribu ringgit.


ASAL USUL CENDERAMATA
Kraf
Anda boleh jumpa barang-barang dibuat oleh orang Sarawak, dari bakul mengkuang, topeng muka, pedang dan pisau sampailah kepada perhiasan kepala bermanik orang asal negeri ini.
Kalau anda rajin bertanya, anda akan dapat banyak ilmu dari penjual di sini — yang boleh bantu anda tentang asal-usul cenderamata yang dijual di kedai mereka.
Ini antara kawasan terbaik di Kuching kalau anda memang mencari barang kraf untuk dibawa balik.
Review
Jadi yang pertama beri review