Mall The Exchange TRX

Tarikan Percuma

(5 review)

Jom layan mall gergasi terbaru kat KL yg ada taman luas untuk keluarga.

Harga tiket walk-in
Percuma
Anggaran Masa Utk Aktiviti
3 – 6 jam
Lokasi
Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur,

MALL BARU

Luas dan Moden

Kalau ada satu mall yang anda kena masuk masa kat KL, pastikan ia mall The Exchange TRX ini.

Yang buat mall saiz gergasi ini wajob tuju bukan sebab ia ada lebih 400 kedai, tapi juga ia dibuat di mercu tanda baru Kuala Lumpur — iaitu menara TRX.

Dan sebab ia luas, pastikan kaki dan kasut bersedia untuk mini marathon sepanjang kat sini.

Antara kedai wajib pergi termasuklah Seibu — jenama kedai serbaneka Jepun yang mewah, Gentle Monster (kedai kacamata Korea), Drunk Elephant (jenama kosmetik dari Amerika) dan juga Apple Store.

mall the exchange trx

mall the exchange trx

KEDAI APPLE

Satu Saja Kat Msia

TRX Exchange ini ada satu-satunya Apple Store kat Malaysia.

Apple Store ini 2 tingkat, dengan gaya minimalis seperti kat mana-mana Apple Store seluruh dunia.

Dan selain barang elektronik dan gadget, ia juga dibuat supaya menjadi hub pembelajaran.

Jadi ada sessi percuma untuk produk jenama ini dari Apple Creatives.

TAMAN HIJAU

Tengah Bandaraya

Uniknya mall ini, ia ada taman luas di tingkat 3 yang dipanggil TRX City Park.

Kat kawasan ini anda yang datang berdua boleh ambil angin jalan-jalan kat taman, dan yang dengan anak boleh biarkan anak main air dan slide di playground modennya.

Kawasan ini ada tempat persalinan dan mandi di toiletnya.

Dan untuk solat, ada satu ruang solat kecil kat dalam kawasan taman ini.

mall the exchange trx
Kredit : Oculus

mall the exchange trx

CAFE LAYAN KOPI

Banyak Pilihan

Untuk para peminat kopi, kat sini ada banyak cafe yang and boleh pilih.

Dari jenama yang dah biasa anda jumpa — macam Starbucks, Zuss dan Gigi kepada jenama yang jarang ada kat tempat anda.

Contohnya ada %Arabica, Ticco, Reborn dan Cafe Kiisune hinggalah ke Bacha Coffee (cafe ala Morocco) — yang mahal tapi dengan vibe mewah dan dengan 200 jenis kopi Arabica yang boleh anda cuba.

Memang boleh mabuk kopi seminggulah jawabnya.

Cara ke TRX

Ini cara untuk ke mall TRX Exchange :

Tren LRT

  1. Turun di stesen LRT Pasar Seni*
  2. Ikut papan tanda ke MRT Pasar Seni (kawasan LRT & MRT ini berada di bawah satu bumbung).
  3. Turun eskalator ke platform bawah tanah MRT.
  4. Ambil tren MRT laluan Kajang dan turun di stesen TRX ( ia cuma 3 stesen dari sini).

* selain Pasar Seni, antara stesen LRT lain yg bersambung dengan MRT dan membolehkan anda ke TRX termasuklah stesen Sungai Besi, Maluri, Chan Sow Lin dan Titiwangsa.

Tapi ia mungkin bukan di bawah satu bumbung dan perlukan anda berjalan lebih jauh.

Tren MRT

  1. Anda boleh ambil laluan MRT laluan Sungai Buloh-Putrajaya ataupun laluan Kajang.
  2. Turun di stesen TRX.
  3. Keluar di exit A (Jalan Delima).

Monorail

  1. Turun di stesen Bukit Bintang
  2. Jalan kaki ke stesen MRT Bukit Bintang.
  3. Ambil MRT menghala ke Kajang.
  4. Turun di stesen TRX (1 stesen dari sini).

Kereta/Motor

Untuk yang berkereta, ada beberapa cara untuk ke sini.

Dengan Terowong SMART

  1. Di dalam terowong SMART, pandu di laluan kanan (Jalan Tun Razak).
  2. Teruskan perjalanan sehingga anda jumpa laluan keluar sebelah kiri ke TRX.

Dengan MEX Highway

  1. Selepas tol Salak Selatan, ambil exit kiri ke KLCC.
  2. Masuk ke Jalan Tun Razak. Kekal di sebelah kanan dan ambil laluan ke Kg Pandan/ Jalan Davis.
  3. Di Bulatan Kg Pandan, keluar di exit ke-3  utk menuju ke TRX.

SPE Expressway

  1. Ambil jalan keluar menuju ke Jln Sultan Ismail.
  2. Kekal di laluan kanan untuk ambil U-turn selepas jejambat pejalan kak. Kemudian ikut tanda ke TRX.

Tips Pelawat

  • Parking adalah cashless. Pastikan anda top up TnGo anda atau kad lain anda berbaki.
  • Bila di kawasan parking, jangan keliru antara TRX Exchange dan TRX 106. Anda ingin ke kawasan mallnya — iaitu TRX Exchange . TRX 106 ialah kawasan ofis.
  • Bukit Bintang dan TRX tak jauh mana. Jarak antara kedua-duanya dalam 1.5km sahaja.
  • Untuk pergi ke TRX dari Bukit Bintang, ambil tren MRT di stesen Bukit Bintang. TRX hanya 1 stesen dari sini.

Tarikan Berdekatan

Hotel Best Berdekatan

5 review utk Mall The Exchange TRX

3.6
Berdasarkan 5 review
5 bintang
60
60%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
20
20%
1 bintang
20
20%
1-5 dari 5 review
  1. Tempat cantik sangat tapi sayang da mcm bukan tmpat org islam.. dan xfriendly kanak2 mallnya susah betul cari makanan halal..da mcm kuar negara tanda pork free and alcohol free belambak…klh luar negara takda pilihan okla tali ni dalam malaysia kot

    (0) (0)
  2. Naik mrt pergi sini sebab parking caj mahal, taman tingkat atas sekali.

    Food court memang ramai lagi2 yang makanan viral, pergi area tempat tersorok ke arah residence trx .

    Banyak kedai kosong masuk ke dalam. Makan mee hiris chinese muslim area situ strandad makanan yang biasa dalam mall.

    (0) (0)
  3. Tempat yang menarik untuk dikunjungi.

    Besar, luas dan selesa untuk beriadah, shopping atau jalan-jalan cuci mata.

    Semestinya nak shopping memang tak la. Semua jenis branded ada kat sini.

    Ape nak. Prada, LV, Channel dan segala macam kedai ada. Duit je yang takde😂

    Datang sini pun nak cari makan jer. Foodcourt sangat besar dan selesa. Meja makan pun banyak. Tapi harga biasanya kan tempat2 macam ni. Kena tengok kedai jugak.

    Ada yang ok dan ada yang mahal dan tak berbaloi. Tapi yang best landskap memang cantik menarik dan love it🥰

    (0) (0)
  4. Bawa budak pergi sini best xmau balik.hahaha. ada air pancut kat sana bole mandi tapi kami tak tahu jadi tak bawa baju.

    Jadi sesiapa nak datang bawa anak tu bawa la baju siap-siap tuk budak.

    Gambar air tu xde sebab banyak budak tengah main. Dekat level 3 taman ni.

    Kami datang semata-mata nak ke taman tu je. Haha

    (0) (0)
  5. Mall bagus tapi nk cari parking mengarut, kau sign board letak la sebelum exit tu pastu tulis sebesar2 parking TRX.

    Ni kau letak huruf P pastu arrow kecil dah tu sebelah dengan SMART, SMART apa benda, org luar datang kau rasa dia tahu ke SMART apa?

    Pandai? Org plan jalan ni pun pandai, entah budak sekolah kot yang buat.

    Nak masuk mall je setengah jam berpusing. Dah KL kalau lepas satu exit je kena pusing jauh.

    Macam mana entah korang ni semua buat kerja.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Mall The Exchange TRX Mall The Exchange TRX
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)