NOSTALGIA
Utk Keluarga
Teringat waktu dulu? Teringat mamee monster?
Terasa nak makan mamee dan nak tahu lebih tentang mamee? Jom jalan dengan anak-anak ke Mamee Jonkerhouse.
Kedai konsep Mamee di Jonker Walk Melaka ini santai. Sebab depa nak bawa Mamee Monster kepada orang awam.


AKTIVITI
Galeri & Workshop
Anda bukan sahaja boleh beli cenderahati Mamee, tetapi boleh juga tengok cara snek mamee dibuat.
Tapi itu belum lagi kemuncaknya.
Kemuncaknya ialah bila anda boleh bawa balik Mamee chef cup anda sendiri.
Pilih apa bahan yang anda mahu, dan tengok sendiri custom mamee cup diisi ke dalam cup khas yang boleh anda hias.
WORKSHOP
Masak Sendiri
Anak-anak yang nak belajar masak, boleh masuk workshop.
Tapi harinya terhad.
Kami sarankan anda hubungi mereka di FB Mamee Jonker Walk utk pastikan anda tak terlepas slot yang ada.

Kami faham cuti sekolah byk rombongan yg datang, tapi kami agak kecewa dengan servis yg diberikan apabila kami sampai seawal jam 10 pagi, kami dimaklumkan bahawa tempat penuh dan ambil masa sejam utk menunggu, kami ambil keputusan untuk keluar.
Namun begitu dihalang oleh seorang manager yg maklum kt kami proses hanya ambil ms 30min dan benarkan kami untuk tggu di dalam dan akan panggil giliran kami selepas rombongan tersebut reda..
tapi setelah 45min menunggu, rombongan lain masok da manager tersebut maklum utk diy kami perlu tggu sehingga jam 12 tgh ari.. kami da buang masa 45min kt situ.. kalau tmpt full book harap management bole urus dengan baik bukan memberi harapan palsu kepada anak2 kami… Sekian.
Seronokkkk. ada banyak merchandise yg bole dibeli… cuma rugi x dpt masuk noodle doodle sbb full book dr sekolah …
Bawa pulang | Sarapan | RM 20–40
Pergi time weekdays, tempat memang clear.
Cuma parking memang kena parking jauh sikit.
Beli dulu mamee cup RM15.00, ada colouring mamee cup, then tengok mamee packaging process.
Dan ada tempat makan.
Mamee Jonker House,
di Dlm Jongker Street..
Better korang nak datang, jalan kaki ke sini,sebab nak parking depan kedai memang susah dengan jem keadaan jalan sana….
datang time cuti sekolah Rabu 12tengahri.. HARAP ADA KESABARAN TINGGI…
– ramai orang, dlm kedai panas aircond x rasa, kipas tiada pulak, Q pjg – kaunter buka 1, itu la juga utk shopping & kt kaunter sama utk beli Cup..
– beli cup dikaunter RM15/cup baru boleh masuk… kalau tiada cup, tidak boleh masuk…
-nak temankan anak-anak kena beli juga 😅
– nak masuk kedalam pun Q juga, tunggu yg dlm siap dlu, ada meja kosong ada staf bgtau.. limit mewarna 30mnt
– parent nak tunggu dalam keadi Mamee pun ada ruang kedai minum di dalamnya…
kat luar pun byk kedai ZUSUS, MIXUE dll….
– barang- barang lain ada jual..
– Kami beli 4pack mamee + free beg = RM16
-&rasa aku kalo promosi & murah baik beli kt supemarket murah lagi…
Tempat letak kereta: parking susah…
better parking 1 tempat, jalan kaki
Datang melawat saje2 nak tengok apa ada. Rugilah dtg Melaka tapi tk gi rumah Mamee hhahaha Mmg best but too bad tak bawak budak kecik untuk main lukis2 atas cup noodle.
Also banyak barangan mamee dalam ni, but we were in a rush so tak sempat nk grab pape