Tentang Tarikan Ini :
Bangunan Marina Bay ini hasil tangan arkitek Israel dan pakar feng-shui Cina.
3 bangunan teras Marina Bay yang diinspirasi dari susunan kad terup sebenarnya ada hotel mewah 55 tingkat. Ketiga-tiga bangunan yang menyokong Sands Skypark pula, ada restoran, taman, dek tinjau pelancong dan kolam renang tanpa sempadan.
Di kawasan Skypark ini juga ada The Shoppes, sebuah pusat beli belah mewah yang dihuni oleh nama besar fesyen seperti Prada, Dunhill dan Chopard serta kasino utama negara ini.
Tak berani shopping, atau tidur di hotel mewah, tak mengapa. Sebab anda masih boleh layan suasananya.
Apa Yang Anda Boleh Buat Di Sini
Kunjungi Dek Peninjau
Apabila anda ke sini, pastikan anda ke observatory deck (dek peninjau pelancong) yang memberi anda gambaran 360 darjah kota Singa ini.
Lihat Pertunjukan Air & Cahaya
Jangan lupa untuk menonton pertunjukan percuma di Event Plaza Promenade yang diadakan setiap malam selama 15 minit — satu pertunjukan yang mengambil masa 3 tahun dan 100 pakar untuk menghasilkannya.
Berenang di Kolam Infinity
Jika anda menginap di hotel di sini, anda boleh menggunakan kolam infiniti yang memberi peluang anda berenang sambil melihat panorama kota Singa pada waktu malam.
Lawat Muzium ArtScience
Jika anda tidak kisah membayar harga yang mahal untuk sebuah muzium, anda juga boleh berkunjung ke muzium ini yang seringkali memaparkan hasil karya artis tersohor dunia dan pameran sains lain.
Harga Tiket
Dek Peninjau
Kanak-kanak bawah 2 tahun masuk percuma
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (SGD) | Kanak-Kanak (SGD) |
---|---|---|
Off Peak | 32 | 28 |
Peak | 36 | 32 |
Beli Tiket Murah Marina Bay | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 27 Jan 2024 |
Tawaran Tiket Diskaun
Waktu Operasi
Pertunjukan Air & Cahaya :
Ahad – Khamis : 8:00 mlm, 9:30 mlm
Jumaat, Sabtu : 8:00 mlm, 9:30 mlm, 11:00 mlm
Dek Peninjau SkyDeck:
Isnin – Khamis: 9:30 pg – 10 mlm
Jumaat – Ahad : 9:30 pg – 11 mlm