Dibina pada tahun 1812 berasaskan senibina Sunda dengan tiang kayu dan atap rumbia, masjid ini kini telah mengalami lebih 7 kali pemodenan dan perubahan sehinggalah bangunan masjid berkapasiti 14,000 jemaah kini menerima sentuhan senibina ala Timur Tengah.
Masjid ini tidak sukar dijumpai kerana lokasinya terletak di kawasan membeli belah bandar Bandung. Dua menaranya yang setinggi 81 meter juga boleh dilihat dari jauh. Kolah air masjid ini pernah satu ketika dulu digunakan untuk memadamkan api sewaktu kebakaran besar bandar ini.
Jika anda ingin melihat suasana bandar Bandung dari atas menara kembar di masjid ini, anda boleh datang pada hari Sabtu dan Ahad kerana ruang atas menara ini dibuka untuk orang awam dari pukul 9 pagi hingga ke 5 petang.
Harga Tiket Menara Masjid Agung Bandung
Tiket : Rp[currency base=”IDR”]2000[/currency]
Kredit : Kemenag