Masjid Biru turki - tempat menarik & free di istanbul

Masjid Biru

Tidak sah ke Istanbul jika anda tidak melawat dan solat di masjid bersejarah ini.

Masjid yang lebih dikenali dengan nama gelarannya iaitu Masjid Biru berbanding nama sebenarnya iaitu Masjid Sultan Ahmed adalah bangunan terbesar di Istanbul. Ia juga adalah lambang kehebatan empayar Turki Uthmaniah serta keagungan senibina Islam.

Mercu tanda Istanbul ini dibina pada 1609 oleh Sultan Ahmed I yang dikatakan kecewa dengan kegagalan tenteranya di medan perang dengan Parsi. Siap 17 tahun selepas itu, ia dibina agar menjadi bangunan yang lebih hebat daripada masjid yang paling gah pada waktu itu iaitu Sofia Hagia.

Dahulunya ia mempunyai ruang solat, madrasah, bilik sultan, bilik mandi, kolam minum awam serta kawasan dewan makan untuk rakyat gelandangan.

Walaupun kebanyakan hiasan luarnya berwarna kelabu, ia digelar masjid biru kerana jubin biru yang digunakan di kawasan dalam masjid.

Keunikan Binaan Masjid

Masjid indah ini cukup menarik kerana ia menampilkan 6 menara walaupun kebanyakan masjid di zaman itu menggunakan hanya 4 menara sebagai standard.

Ia juga menggabungkan ciri senibina Byzantina dan seni tradisi Islam dan binaan kaca yang asalnya datang sebagai hadiah dari Venice.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9 pg – Senja

Harga Tiket

Percuma

Nota Sejarah

Masjid ini bukan dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fatih (1432 – 1481) yang berjaya menakluki kota ini tetapi oleh Sultan Ahmed yang lahir pada 1590, iaitu lebih 100 tahun selepas penaklukan kota Konstantinople.

 

Kredit : V Fatih, KayYen, Jorge Franganillo

Jomjalan