Masjid Kampung Hulu

Tarikan Percuma

Nak tengok masjid tertua dan yang masih digunakan lagi di Melaka? Ini tempatnya.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Masjid Kampung Hulu, Jalan Kampung Hulu, Kampung Dua, 75200 Melaka, Melaka, Malaysia

Add to Cart
masjid kg hulu out
Masjid Kampung Hulu
Tarikan Percuma

UNIK

Sejarahnya

Masjid ini pelik.

Sebab berbeza dengan Portugis yang menghancurkan semua rumah ibadah bukan Kristian, penjajah Belanda bukan sahaja menyokong, tapi dikatakan antara pembiaya masjid yang dibina pada 1728 ini.

masjid kampung hulu

masjid kampung hulu

LOKASI

Tidak Disangka

Walaupun kelilingnya ada kedai-kedai Cina, kami tabik dengan ahli masjid.

Bukan apa, masjid hampir 300 tahun dengan seni bina klasik ini masih ada solat jemaah 5 waktu, moreh dan solat tarawih Ramadan.

Cuma untuk solat Jumaat, masjid berkapasiti tidak sampai 300 orang ini bergilir-gilir dengan Masjid Kampung Kling yang berada beberapa ratus meter dari sini.

Sejarah

Masjid ini dikatakan dibina oleh seorang mualaf. Beliau ini hartawan Cina yang bernama Shamsuddin bin Arom.

Ia dibina dengan kebenaran Belanda bagi menggantikan masjid pertama Melaka yang dikatakan dihancurkan oleh penjajah Portugis.

Mungkin sebab itu, anda akan dapat tengok yang masjid ini ada gaya Cina yang kuat.

Jubin seramik dan lantainya dikatakan menggunakan corak zaman dinasti Ching.

Bumbung bertingkatnya pula mirip kepada rekaan ala pagoda (walaupun ada yang kata ianya bumbung Melayu macam yang ada kat Sumatera).

Ada satu lagi yang buat kami kagum. Bangunan-bangunan kedai dekat dengan masjid ini, dikatakan dulunya kepunyaan masjid. Jadi, ini sebenarnya masjid terkaya di Melaka masa itu.

Keramat?

Kalau anda datang sini, anda mungkin pelik. Sebab mungkin nampak orang ambil air dari kolah bukan untuk berwuduk, tetapi untuk depa simpan.

Tahu mengapa? Sebab air disini dikatakan mujarab untuk pelbagai penyakit. Kata orang, sebab ini kolah asal yang digunakan oleh orang-orang terdahulu, termasuk golongan ulama dan guru agama.

Ambil berkat lah kot?

Oleh sebab inilah, ada juga orang yang menggelar masjid ini sebagai “Masjid Niat”.

Di kawasan masjid juga ada kubur seorang tokoh agama tahun 1800-an bernama Sayyid Abdullah Al-Haddad. Ada orang mengatakan yang beliau ini wali.

Kami tidak pasti dengan kemujaraban air kolah masjid Kampung Hulu. Atau keramat kubur lama.

Yang kami pasti, mereka yang datang awal sebelum solat Jumaat mungkin mendapat habuan nasi lemak yang diedar oleh hamba Allah yang memberinya percuma.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Masjid Kampung Hulu Masjid Kampung Hulu
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)