MAJMUK
3 Agama
Bila anda ke Masjid Kampung Kling kat Jalan Tukang Emas ini, anda tentu perasan yang masjid ini letaknya di jalan yang sama dengan kuil Hindu dan tokong Buddha.
Inilah sebabnya mengapa jalan ini dipanggil Jalan Harmoni.


SENIBINA
3 Budaya
Masjid ini pun special.
Sebab bukan sahaja ianya masjid lama ( dibina pada 1748 oleh pedagang India Muslim), tapi sebab gaya Melayu, Cina, India, Inggeris dan Portugis semuanya ada di sini.
Ha! Hebat kan?
RAKAMAN SEJARAH
Negara Msia
Kalau anda tengok gaya bumbungnya, memang macam pagoda. Tetapi bumbung bertingkat ini sudah diadaptasi.
Ada unsur tropika supaya ada ruang udara. Jadi tidak lah yang solat rasa macam solat dalam oven.
Di sebelah masjid pula ada kubur lama. Jangan tak tahu. Kata orang, ini tempat bersemadinya ahli keluarga Munsyi Abdullah, iaitu Bapa Kesusasteraan Melayu.

Review
Jadi yang pertama beri review