Masjid Kapitan Keling

Tarikan Percuma

Masjid yang lebih 200 tahun ini antara masjid wajib tuju kat Penang.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
14, Jalan Buckingham, Georgetown, 10200 George Town, Penang

PERTAMA

Dalam Negeri

Antara banyak-banyak masjid bersejarah dalam Penang, Masjid Kapitan Keling yang putih ini adalah masjid wajib tuju masa anda kat sini.

Masjid ini masjid pertama kat bandar Georgetown ini. Dan dibina oleh ketua orang India (Cauder Mydin Merican) yang dibawa masuk oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.

masjid kapitan keling

masjid kapitan keling

NAMA

Masjid Berusia

Masjid ini dibina pada 1803. Maksudnya lebih 200 tahun ia dijadikan tempat solat orang India Muslim dalam Pulau Pinang ini.

Nama Kapitan Keling bunyinya kasar.

Dan kalau anda memanggil seorang yang berbangsa India dengan nama Keling, anda mungkin boleh mula menempah gigi palsu dan bersedia untuk cetuskan rusuhan. Tapi 200 tahun dulu, ianya memang panggilan untuk orang India yang di bawa masuk oleh Inggeris ini.

Tarikan Berhampiran

Tempat ini juga tak jauh dari Armenian Street yang banyak lukisan dinding. Jadi kalau dah letih berjalan, dan azan dan dilaungkan, boleh masuk ke masjid ini dulu untuk solat. Masjid ini berada dalam kawasan bersejarah Georgetown. Jadi tak jauh dari sini ada tarikan utama Penang lain macam muzium Sun Yat Sen, Khoo Kongsi dan Masjid Melayu Lebuh Acheh.

Tempat Makan

Masjid ini dekat sangat dengan tempat-tempat makan best dalam Georgetown. Kalau kedai mamak, yang terdekat termasuklah kedai Nasi kandar beratur original, restoran Ramzan dan Kapitan. Untuk ke cafe halal dan layan Western atau kopi, boleh ke The Table.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Masjid Kapitan Keling Masjid Kapitan Keling
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)