Masjid Kota Kinabalu

Masjid ini dikatakan dibuat seperti Masjid Nabawi. Bezanya ia di tepi tasik.

masjid kota kinabalu pada siang hari

Gaya Masjid Nabi

Kalau anda nak merasa syahdunya solat Maghrib di Kota Kinabalu, datanglah ke sini. Sebab pemandangan senjanya memang mengasyikkan.

Dan kalau anda datang lebih awal, boleh juga anda dan keluarga naik bot kayuh di tepi tasik.

Kalau dibandingkan dengan Masjid Negeri, masjid ini lebih moden sebab disiapkan pada tahun 2000. Dan dengan hiasan minimal dan serba putih, boleh juga jadi ubat kalau anda rindu suasana masjid Nabawi waktu anda ke umrah dulu.

Nota

Maghrib di Kota Kinabalu masuk sekitar 6:20 petang

Peta Ke Sini

Center map
Traffic
Bicycling
Transit