Masjid Negara

Tarikan Percuma

Satu masa dulu Masjid Negara kat Kuala Lumpur ini adalah masjid paling moden dalam Malaysia.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 min – 1 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur

MAJMUK

Simbol Perpaduan

Dibina di kawasan seluas 13 ekar, Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi rakyat Malaysia.

Ia telah direka oleh orang Melayu, dibina oleh orang Cina dan India, dan dibiayai oleh sumbangan umat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Dibina diantara 1963 dan 27 ogos, 1965, Masjid Negara dianggap simbol keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

solat di masjid negara
Kredit : faadil

pengunjung ke masjid negara malaysia
Kredit : khoirunnisana

MASJID LUAS

Tatacara Lawatan

Ia boleh menampung seramai 15,000 jemaah.

Bukan Islam tidak boleh memasuki dewan utama.

Pelawat boleh menggunakan jubah disediakan di kawasan pelancongan sebelum memasuki Masjid Negara.

Tips Pelawat

  • Muzium Polis, Taman Burung KL dan Muzium Kesenian Islam terletak berdekatan dengan Masjid ini.
  • Muzium Kesenian Islam dalam jarak jalan kaki dari masjid ini.
  • Untuk bergambar, stesen keretapi lama KL pun ada senibina cantik untuk buat background bergambar.
  • Teksi lebih mudah didapati di sini dari di kedua-dua muzium di atas.
  • Parking ada berhampiran kawasan wudhuk. Tapi jumlah bay terhad.

Masjid Lain

Selain dari masjid ini, masjid yang patut lawat semasa di KL termasuklah Masjid Jamek yang letaknya betul-betul kat muara di mana bandar ini diasaskan.

Masjid Jamek ini dibina oleh arketik British dan dulunya masjid utama di bandar ini.

Dan satu lagi, jangan lupa ke Masjid Wilayah — yang dibuat dengan gaya binaan Ottoman dan cukup canggih dibandingkan dengan kebanyakan masjid di Malaysia.

Tarikan Berdekatan

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Masjid Negara Masjid Negara
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)