Masjid Negeri Sabah

Bila dah ke Sabah, singgah solat dulu di masjid ini.

tarikan best kota kinabalu sabah - kota kinabalu

Kredit :

Masjid berkubah emas ini siap apda 1977. Dan yang menariknya, yang merasmikannya ialah Sultan Kelantan, iaitu Sultan Yahya Petra.

Apa Specialnya Masjid Ini?

Ini mungkin antara masjid paling mewah tulisan khatnya di Malaysia. Sebabnya, bila anda masuk ke dalamnya, dan anda dongak ke atas, anda akan lihat tulisan khat di dalam kubah masjid.

Jangan tak tau, tulisan khat yang berwarna emas itu sebenarnya, memanglah disadur dengan emas. Batu-batu mozek dalam kawasan kubah yang ada hiasan berwarna emas pun disadur dengan emas tulen. Kalau mengikut kata orang, ini sebagai tanda ketinggian dan kemuliaan Islam di Sabah.

Kalau anda perasan, ada beberapa kubur di kawasan masjid ini. Hampir sama dengan masjid-masjid tradisi Melayu (seperti di Bukit Chandan, Perak) kubur-kubur ini adalah tempat bersemadinya orang kenamaan dan tokoh-tokoh penting Sabah.

Nota Penting

Jangan lupa yang waktu solat di Sabah awal. Pukul 12:30 tgh hari sudah kemungkinan Zohor dan 6:20 sudah mungkin Maghrib.

Peta Ke Sini

My location
Get Directions