Tentang Tarikan Ini :
Dibina atas arahan Sultan Sulaiman pada 1550 dengan rekaan arkitek diraja terkenal bernama Sinan, ia direka agar dapat menandingi Hagia Sofia dari keindahan senibinanya.
Apa yang terhasil ialah sebuah masjid yang menggabungkan senibina Byzantine dan Islam dengan kubah besar dan tiang-tiang yang kurus. Yang menariknya, Sinan berjanji kepada Sultan bahawa masjid ini dibina dengan utuh sehingga apa pun yang terjadi, masjid ini bakal kekal selama dunia masih ada.
Masjid ini pernah terbakar beberapa kali dan rosak kerana gempa bumi. Ia juga pernah digunakan sebagai tempat simpanan senjata sewaktu Perang Dunia Pertama. Namun begitu, selepas pemulihan demi pemulihan dibuat, ia masih kekal utuh untuk tontonan dan kegunaan awam.
Kompleks Masjid Suleymaniye
Selain ruang solat, bangunan asal masjid ini mempunyai hospital, kolej perubatan, sekolah rendah, sekolah Quran dan hadith, kedai-kedai, mandian awam dan imaret iaitu tempat makan untuk orang awam. Imaret itu kini telah ditukar menjadi restoran manakala hospital itu kini digunakan sebagai kilang cetak.
Kawasan taman masjid juga mempunyai kubur Sultan Sulayman, permaisurinya serta kerabat diraja lain. Anda juga bakal berjumpa dengan kubur Sinan di luar kawasan pagar taman masjid ini.
Waktu Operasi
Setiap Hari: 9 pg – 5:30 ptg
Harga Tiket
Percuma
Kredit : Erepublik