BERSEJARAH
Mantan Masjid Utama
Sebelum berpindah ke masjid negeri sekarang (Al Azim) inilah masjid rasmi untuk bandar Melaka.
Dikatakan masjid kedua tertua di negara ini (selepas Kg Hulu), masjid yang dibina oleh pedagang dan ulama India pada 1780 ini masih elok dan masih aktif dengan aktiviti.
Dari luar, anda akan dapat melihat uniknya senibina masjid ini. Seperti masjid tua Melaka lain, bumbungnya sahaja sudah menarik.


SENIBINA
Unik
Bumbungnya dibuat 3 lapis, seakan senibina Jawa atau pagoda Cina.
Dan binaan asal masjid sebenarnya dibuat menggunakan balak yang dikatakan dibeli dari Kalimantan, Indonesia.
Dengan bumbung sebegini sahaja menjadikan ia antara masjid istimewa yang kubahnya tidak berbentuk separa bulat seperti hampir semua masjid Malaysia.
MULTI FUNGSI
Zaman Perang
Menara putih sebelah masjid yang kelihatan luar biasa untuk sebuah menara masjid itu pula sebenarnya dahulu ada tempat pertahanan dan juga sebagai menara untuk nelayan sekitar selat Melaka.
Kata orang, dari situlah nama Tengkera itu datang.
Sebab menurut mereka, Tengkera datang dari perkataan Portugis iaitu Teng-Key-Ra, yang maksudnya pertahanan.

Review
Jadi yang pertama beri review