Masjid Terapung Kota Kinabalu

Tarikan Percuma

Jom solat dan layan masjid terapung yang cukup cantik bila waktu senja ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Pasir , Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu

POPULAR

Pelancong & Jemaah

Masjid Terapung Kota Kinabalu ini lokasi kedua paling diminati pelancong Korea selepas pantai Tanjung Aru. Sebabnya satu, sangat cantik pemandangannya untuk depa OOTD.

Cuma kita lebih bertuah sebab boleh masuk solat, dengar kuliah dan bergambar kat dalam dan kat luar.

Masjid ini gayanya macam Masjidil Haram kat Mekah. Dan dibuat sempena kota ini diberi taraf bandaraya.

masjid terapung kota kinabalu
Kredit : itazzizzati

MESRA PELAWAT

Masjid Besar

Jumlah jemaah yang boleh solat kat sini ialah sampai 12,000 orang.

Jadi jangan risau datang dan tak ada tempat nak bersolat, sebab saiznya besar bang oi.

Dan kalau datang dengan mak ayah yang berumur, tak ada masalah.

Sebab kalau masjid besar lain bertingkat, yang ini tak begitu. Cukup mesra orang tua.

Kawasan tepi masjid ini dulunya pernah ada paddle bot. Sekarang kami tak pasti kalau ada lagi atau tak.

Kontroversi OOTD

Masjid yang popular untuk orang bergambar ini dulunya pernah ditutup sekejap untuk pelancong asing.

Sebabnya ada kes 2 pelancong Cina pakai ketat dan pendek berjoget dekat dengan kawasan luar pagar masjid.

Tapi sekarang ia dah dibuka semula untuk orang luar selepas kedua-duanya didenda RM 25 seorang.

Untuk pelancong luar, mereka wajib bersama tour operator dan bayaran masuk ialah RM 5.

Masjid Ilmu

Seperti kebanyakan masjid, ia ada pengajian selepas maghrib dan pada hari Jumaat, ada tazkirah sebelum solat.

Pagi Sabtu juga biasanya ada kelas dari pukul 9 pagi.

Dan dengan Madrasah Tahfiz dan kelas SAR yang ada, masjid ini memang selalunya ada yang mengimarahkannya.

Masjid ini juga aktif dalam pengajiannya dan aktif di media sosial.

Jadi kalau nak tengok apa ceramah agama yang pernah diberi atau bakal dibuat dalam masjid ini, boleh ke laman FB Masjid Kota Kinabalu.

Apa-apapun, ini antara tempat berehat yang baik untuk anda yang datang ke Kota Kinabalu dengan family.

Kalau orang luar dari jauh datang nak bergambar, takkan kita lalu sahaja dan biar masjid ini terbiar?

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Masjid Terapung Kota Kinabalu Masjid Terapung Kota Kinabalu
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)