SENIBINA BRITISH
Marmar Itali
Direka oleh AB Hubback iaitu arkitek sama yang mereka Stesen Keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur, masjid ini dibina dengan menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Itali.
Ia dibangunkan pada tahun 1913, tetapi pembinaannya tergendala dan hanya disiapkan pada 1917.
Ini kerana marmar import itu lewat tiba kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.


NAZAR
Sultan Perak
Masjid ini dibina berkat nazar Sultan Idris Murshidul Azam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28.
Beliau bernazar yang beliau akan membina sebuah masjid jika sembuh dari gering.
Sayangnya walaupun beliau yang bertanggungjawab meletakkan batu asas masjid, ianya hanya siap setahun selepas kemangkatan beliau.
Kini, kawasan sebelah masjid ini merupakan makam sultan-sultan Perak dan ia diberi nama Makam diRaja al-Ghufran.
Review
Jadi yang pertama beri review