Masjid Wilayah

Tarikan Percuma

Cantik, mendamaikan, dan tenang saja. Itulah gaya Masjid Wilayah yang macam Istanbul sana.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Masjid Wilayah, Jalan Duta, 50480 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

SENIBINA FUSION

Luas & Selesa

Masjid ini special. Sebab ia masjid besar yang menggabungkan senibina Ottoman Turki dan Melayu.

Dan kubah pun seakan Masjid Biru Istanbul.

Kapasitinya 17,000 orang. Jadi jangan takut sesak, melainkan waktu sembahyang Jumaat.

INDAH SENIBINA

Pelbagai Fungsi

Hebatnya masjid ini sebab ia bukan sahaja cantik, tapi lengkap dengan dewan, kelas bimbingan kursus kahwin sehinggalah bilik inapan.

Senang cerita, fungsi masjid ini jauh lebih luas dari kebanyakan masjid kat Malaysia.

Kalau anda singgah ke Kuala Lumpur, jangan lupa datang ke sini untuk solat berjemaah. Keindahan masjid dan amannya rasa di dalam masjid ini pasti menggamit anda untuk datang lagi.

Dan untuk yang tak dapat masuk sebab uzur, bergambar kat kawasan luar pun memang cantik.

Kalau pandai ambil angle, memang gaya macam holiday kat Istanbul.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Masjid Wilayah Masjid Wilayah
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)