MCM Studio Cartoon Planet

RM128.00

Jom terjah tarikan baru Johor yang dikatakan taman tema indoor paling besar kat Asia Tenggara ni jom!

Penting
Tarikan ini telah ditutup. Info di bawah hanya untuk rujukan sahaja
Anggaran Masa Utk Aktiviti
90 – 120 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 128
Lokasi
Level 4, Capital City, 81200, Johor Bahru

Ditutup sementara / kekal

DALAM MALL

5 Tema

Taman tema dalam dewan (indoor) MCM Studio Cartoon Planet ini dibuat dalam mall baru Johor iaitu Capital 21 Mall.

Mall baru ini sendiri special, sebab dibuat dengan kawasan yang gayanya mengikut gaya 5 tema benua kat dunia.

Jadi sebelum masuk taman tema, dah boleh tengok kawasan yang digayakan macam dah kat Eropah atau Jepun.

mcm studio cartoon planet

mcm studio cartoon planet

TARIKAN LAIN

Mall Besar

Kat sini juga ada eskalator paling panjang Malaysia, sungai dalam mall dan kawasan lantai kaca kecil untuk uji geng yang suka cakap besar.

Untuk kaki kopi, Starbucksnya pun besar, Tapi sebab ini mall baru, kawasan kedai mungkin banyak kosong.

Tiket MCM

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara/ Pelancong Asing128128

3 Planet

Kat MCM Studios Cartoon Planet sini ada 3 kawasan taman tema — Movie, Cartoon dan Music. Kawasan Movie ini tempat untuk rides yang ada Transformers, Dinosaur World dengan Haunted House. Kawasan untuk budak-budak ada kat Cartoon Planet. Dan kawasan Music pula dikhaskan untuk persembahan jenis teater ataupun sarkis, macam London Circus kat bawah. Dan bila dah ada hak untuk guna karakter kartun, tak sah lah kalau restorannya biasa-biasa kan? Jadi antara benda yang anda boleh juga buat kat sini ialah makan kat restoran Garfield. Tapi apapun, macam kebanyakan taman tema, bila baru, tak banyak yang buka. Dan memang serba-serbi ada kurang. Jadi, saranan kami kurangkan keterujaan anda sebelum datang.

Alternatf

Kalau sebut taman tema kat Johor, memanglah banyak. Dari Legoland Malaysia (yang sekarang dah ada taman air), Angry Birds Park, Hello Kitty & Thomas Town sampailah MCM Studio yang baru dibuka April 2019 ini. Dan kalau sebut tempat khas untuk taman tema air, boleh pilih ke Legoland, Austin Heights atau Desaru Coast Adventureland (yang kena drive dalam sejam lebih dari JB). Anda kena buat pilihan. Nak try yang baru, atau nak pergi tempat yang dah lama buka. Apapun tepuk poket, tanya balancenya.

Waktu Operasi

Tutup Isnin Selasa – Khamis : 10 pg – 6 ptg Hujung Minggu & Cuti : 10 pg – 7 mlm

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
MCM Studio Cartoon Planet MCM Studio Cartoon Planet
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)