Megazip Sentosa

Nak rasa layan zipline masa cuti kat Singapura? Cuba naik Megazip Sentosa.

Kalau kat negara macam Malaysia dan Thailand, main zipline selalunya merentas pokok atau pulau semulajadi. Tapi disebabkan Singapore ini kecil, anda tak perlu masuk jauh ke hutan kalau nak merasa naik zipline. Sebabnya kat Pulau Sentosa ada zipline dengan pemandangan laut dan kereta kabel.

Kat Megazip Sentosa ini anda bakal naik kabel zipline kat atas Bukit Imbiah. Kiranya anda akan lalu kat atas kanopi hutan.

singapore megazip across sentosa island

Tinggi anda dalam 75 meter dari paras tanah, dan lajunya anda turun dalam 60 km/h. Yang bestnya, sebab kabel zipline ini ada tiga, anda naik zipline dengan 2 orang lagi kawan, sama-sama, sebelah menyebelah.

Kalau nak best lagi, boleh bawa GoPro dan rekod adventure anda kat Sentosa ini.

Nak terlebih best, boleh layan Bungee Jumping atau Giant Swing kat AJ Hackett yang kat kawasan ini juga.

megazip di singapura

Budak Boleh Naik Ke?

Oh, Megazip Sentosa ini tak ada had umur. Tapi tinggi kena lebih 90cm, dan berat kena lebih 30 kg. Kalau anak anda lebih ringan dari itu, dia boleh naik secara tandem dengan anda (naik berdua).

Harga Tiket

 Dewasa (SGD)Kanak2 (SGD)Warga Emas (RM)
Tiket707070
Beli Tiket Diskaun Megazip

Tiket Diskaun

JIMAT 24%
tarikan singapura megazip-sentosa
Megazip Sentosa
Harga biasa SGD 70. Dengan diskaun hanya SGD 53.
Harga biasa SGD 70. Dengan diskaun hanya SGD 53. Show Less

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 11 pg – 7 mlm

Teroka Singapora

Tempat menarik lain kat Spore
Promosi tarikan & flight ke Spore

Peta Megazip

Center map
Get Directions