PERMATA MELAKA
Sungai Bersejarah
Kalau Rome ada river cruise, Melaka pun ada juga.
Dan masih lalu jambatan demi jambatan lama.
Sambil bot anda menyusur sungai, anda akan dapat tengok bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu kat pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.


PANORAMA
Memori Malam
Anda juga akan dapat tengok keadaan mural belakang Jonker Walk dan Kampung Morten, kampung yang orang gelar โmuzium hidupโ sewaktu duduk dalam bot dalam cruise 45 minit ini.
Kalau nak best lagi, naik Melaka River Cruise waktu malam.
Dengan lampu warna warni, dibuai angin sepoi-sepoi bahasa, memang jadi kenangan manis untuk yang berbulan madu masa ke sini.
MESRA KELUARGA
Santai
Jangan risau. Botnya perlahan sahaja. Tak macam naik bot kat laut.
Dan kalau dah naik river cruise ini, boleh juga ambil angin kat laluan pejalan kaki di sepanjang sungai.
Boleh snap gambar untuk IG atau saja lepak layan pemandangan tebing sungai.

Tempat cantik..tapi xbestnya sbb kita mnunggu awal dia bgi org blkang naik dlu sbb rombongan sekolah.boleh ja klau dia ckap sambil snyum ok la jgak..kita ni dtg dri kedah n pahang nk cpat blik mlm tu jgak..klau tau kna mnunggu lama siap kna potg trip memg xnaik
Tempat ini sangat cantik siapa siapa datang cuba singgah je
Cantik. Penuh lampu. Ada cerita berkenaan tempat yang dilalui. Lampu2 setiap tempat Dan jambatan colorful sangat.
Good place to visit. Kalau dah banyak Kali datang melaka tapi tak singgah river cruise macam kurang lengkap
Sesiapa yang datang Melaka wajib kena naik Melaka River Cruise. Sangat cantik naik waktu malam.
Better beli tiket online sbb ramai org beratur
Berapa kali seumur hidup datang naik cruise ni dan xpernah bosan serta tidak mengecewakan.
Layan je view dia malamยฒ. Tenang. Pergi hari biasa tengah bulan dan bukan cuti sekolah. Beli tiket melalui hotel.