Melaka Tropical Fruit Farm

RM17.00

20 minit dari bandar Melaka ada kebun buah yang luas untuk pecinta pokok di kalangan kita.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
45-60 min
Penting
Tempat ini mungkin telah ditutup. Kali terakhir semakan kami pada Jan 6 2023, laman webnya tidak lagi dikendalikan oleh mereka dan FB mereka juga tidak lagi aktif
Harga Tiket
Tiket bermula dari RM 17 dewasa dan RM 11 kanak-kanak
Lokasi
Pusat Latihan Pertanian, Sungai Udang, 76300 Melaka

Ditutup sementara / kekal

KAWASAN PERTANIAN

Buah Tropika

Tempat ini dulu sebenarnya memang tempat latihan untuk pertanian. Namanya dulu Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang.

Tak lama lepas itu, ditukar kepada Sungai Udang Agro Park, sampailah jadi namanya sekarang Melaka Tropical Fruit Farm.

Kat sini anda boleh naik tram dan melawat pokok buah tempatan. Boleh tengok dan kenal herba yang ada kat Asia Tenggara dan juga tengok sendiri lebah kelulut dan madunya.

Nak berkayak, ber zipline pun boleh.

melaka tropical fruit farm

melaka tropical fruit farm

LUAS

Ada Haiwan

Dalam ini juga ada mini zoo dengan 5 jenis binatang. Dari anak kuda sampailah lembu yang boleh anda beri makan.

Tempat yang luas ini juga ada pokok getah dan sawah padi. Kalau anda atau anak tak pernah ke sawah, dan tak pernah tengok orang menoreh, boleh datang ke sini dan tengok dengan mata sendiri.

Tiket Fruit Farm

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warga Malaysia1711
Pelancong Asing1711

 

Timing

Kalau setakat nak datang bagi makan burung kasuari, anda boleh datang bila-bila musim pun.

Tapi kalau nak merasa buah, datanglah waktu yang tepat. Ramai yang sarankan datang sekitar Jun ke September, dengan hujung Julai antara waktu terbaik sebab itu waktu musim buah, macam durian.

Teambuilding

Disebabkan saiznya beratus ekar, dan pernah jadi tempat latihan, kawasan ini sesuai juga kalau anda nak datang untuk team building.

Kat sini boleh buat aktiviti water confidence, rentas desa, main kayak sampailah ke flying fox.

Kalau nak merasa main bola macam kat kampung, boleh layan bola dalam selut.

Nak berkhemah boleh, nak tidur lebih selesa pun ada penginapan kat dalam ini.

Tapi disebabkan saiznya yang luas, janganlah pula datang satu family dan tidur kat sini. Senyap sunyi malam-malam. Takut tak jadi tidur pula.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Melaka Tropical Fruit Farm Melaka Tropical Fruit Farm
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)