Dikelilingi dek hutan rekreasi seluas 360 hektar, taman tema air ini ada 12 tarikan.
Dan macam taman teman lain, ada juga selingan macam Taman Dinasour dan Taman Ekstrim kalau hangpa rasa nak naik Go Kart dan main Paintball.
Dibuka pada 2010, Melaka Wonderland ini tidaklah sebesar dan sehebat Sunway Lagoon atau Lost World of Tambun, tetapi untuk hangpa yang mencari tempat bermain air yang selamat di Melaka, ini salah satu tempat yang boleh hangpa cuba.
Selain mandi, kaki pancing pun boleh cuba nasib menaikkan ikan di kolam di sini.
Yuran bermula dari RM 20 (~$5.12) sejam.
Tips
- Pastikan hangpa membawa selipar. Jalan di sini panas sebab bertar.
- Yuran masuk hanya untuk taman tema air. Hangpa kena bayar yuran lain kalau nak ke taman dinasor, go-kart, paintball dan main permainan arked.
Harga Tiket Warganegara Malaysia
Kanak-kanak di bawah 90 cm : Percuma
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | Warga Emas (RM) | |
---|---|---|---|
Warganegara | |||
Isnin- Jumaat | 37.90 | 30.80 | 23.70 |
Hujung Minggu | 42.65 | 36.75 | 23.70 |
Pelancong Asing | |||
Setiap Hari | 49.75 | 42.65 | 27.25 |
Peta Ke Sini

Kredit : www.melakawonderland.com.my