Memorial P Ramlee

Tarikan Percuma

Masuk ke dalam rumah Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan dekati dengan lebih dekat lagenda seni negara ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000 Kuala Lumpur

RUMAH SENIMAN LAGENDA

Ada Barang Peribadinya

Memorial P Ramlee di Setapak ini rumah sebenar Allahyarham Tan Sri P Ramlee semasa hidup beliau dengan isterinya, Saloma di Kuala Lumpur.

Kalau kat Penang ada Rumah P Ramlee yang kebanyakannya ada barang beliau semasa kecil dan remaja, kat sini ada barang-barang beliau semasa beliau berkarya di Kuala Lumpur (waktu zaman beliau di sini sebenarnya adalah zaman kejatuhan lagenda ini).

memorial p ramlee

memorial p ramlee
Kredit : mynamepaine

PELBAGAI TINGGALAN

Kereta Dan Karya

Kalau anda kat sini, anda boleh tengok kereta Datsun lama beliau.

Boleh juga masuk ke ruang makan dan lihat piano yang digunakan beliau untuk menghasilkan lagu-lagunya dan dianggap harta berharga beliau. Di ruang inilah beliau berkarya.

Selain barang tinggalan ini, ada juga baju dan foto lama sewaktu era kegemilangannya.

Dan yang paling peribadi, mungkin surat cinta Saloma kepada hero filem Do Re Mi ini.

Kejatuhan Lagenda

Di penghujung usianya, P Ramlee sebenarnya dalam zaman kejatuhan.

Beliau yang naik semasa di Singapura (waktu itu masih salah satu negeri dalam Malaysia) pulang ke Kuala Lumpur pada 1964 untuk mencuba nasib dengan Studio Merdeka di Kuala Lumpur.

Dengan kebanjiran filem dari Hong Kong dan India, kesemua 18 filemnya tiada sambutan.

Menurut rakan-rakannya, beliau juga sewaktu itu berselisih dengan anaknya, Nasir P Ramlee, yang menyaksikan anaknya meninggalkan kediaman beliau.

Karier muzik P Ramlee juga sampai ke akhirnya.

Sewaktu umur beliau 40an, lagu-lagunya tidak lagi diminati. Dan ada ketikanya beliau di boo bila di pentas.

Sewaktu ini, percubaan beliau untuk mendapatkan bantuan untuk membuat studio sendiri juga gagal. Waktu ini, P Ramlee membuat apa sahaja pekerjaan yang ada.

Ini termasuk menyanyi di kenduri kahwin hanya untuk memastikan yang beliau boleh makan nasi dengan telur sehari-hari.

Waktu kejatuhan ini, kebanyakan rakan meminggirkannya.

Sehari sebelum kematian beliau, beliau mendapat surat saman dari mahkamah kerana menjadi penjamin kepada salah seorang rakannya.

Beliau meninggal dunia keesokan harinya akibat serangan jantung, pada umur 44 tahun dalam keadaan tidak berduit.

Pada hari tersebut dikatakan tiada beras dalam rumahnya, dan wang untuk pengebumiannya diberi oleh saki-baki rakannya yang bersimpati.

Tips Pengunjung

  • Oleh kerana ini kawasan rumah, tiada tempat letak kereta khas untuk lawatan. Anda boleh letak kereta di bahu jalan.
  • Untuk yang mahu datang dengan LRT, LRT terdekat ialah Sentul Timur. Dari LRT ke sini sekitar 5 km.

Waktu Operasi

Tutup Isnin & waktu solat Jumaat Selasa – Ahad : 10 pg – 5 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Memorial P Ramlee Memorial P Ramlee
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)