Isi Kandungan :
Kalau Paris ada Eiffel Tower, India bangga dengan Taj Mahal dan China gah dengan tembok besar, Malaysia dikenali dunia dengan bangunan berkembar Petronas atau KLCC.
Semasa ia siap, bangunan ini mengejutkan dunia. Pertama, kerana ia bangunan tertinggi dunia. Kedua ia datang dari negara dunia ketiga. Dan terakhir sebab ia bukannya satu, tapi kembar dua.
Apa Yang Hebatnya KLCC?
Struktur mega ini juga hebat, sebab ia lambang kekuatan Malaysia.
Sebabnya KLCC ini dibina semasa Malaysia dan Asia Tenggara diserang oleh penyangak matawang dunia. Semasa itu ekonomi negara merundum. Nilai ringgit jatuh, bursa saham menjunam dan Malaysia juga terjerumus ke dalam krisis politik yang hitam.
Pembinaannya juga hampir terhenti apabila tanah dibawahnya penuh dengan lohong dan gua kosong.
Walaupun begitu, ia berjaya disiapkan dan menjadi bangunan tertinggi dunia pada waktu itu. Dan ia masih bangunan berkembar tertinggi dunia sehingga artikel ini ditulis.
Ini Tempat Wajib Tuju Kat KL
Orang KL ada yang kata ini macam dua roket metalik. Ada juga yang kata ini dua jagung besi yang besar. Tak kisahlah apa yang gelaran yang orang beri, dua menara inilah ikon utama bandaraya ini.
Dan kalau mat salih, ini memang antara tempat dalam things to do depa.
Apa Yang Boleh Anda Buat Dalam Kawasan KLCC?

Shopping Kat Suria KLCC
Untuk kak Munah, ada mall Suria KLCC. Pusat beli-belah ini mewah. Dan ada lebih dari 270 kedai yang orang biasa pun tak berani masuk. Kalau setakat nak cuci mata, boleh juga. Dan kalau lapar, medan seleranya pula penuh dengan makanan antarabangsa.
Kalau kak Munak layan komik manga Jepun, naik lif, dan terus masuk kedai buku Kinokuniya di tingkat 4. Ini tempatnya untuk itu.

Credit: Dennis Hurd
Ambil Angin kat Taman KLCC
Dekat dengan menara ini juga ada taman. Taman ini lengkap dengan kawasan permainan kanak-kanak, air pancut, kolam randuk dan trek jogging.
Besarnya cukup buat ibu mertua kak Munah mengah.
Tengok Jerung kat Aquaria KLCC
KLCC juga ada aquarium. Nak ke akuarium bertaraf dunia ini boleh ikut terowong pejalan kaki kat tingkat bawah KLCC. Nak menyelam bertentang mata dengan jerung? Pun boleh.
Beli pakej Menyelam Bersama Jerung ( Dive With The Sharks).
Main Kereta F1 kat Petrosains
Untuk anak-anak tempat KLCC ada tambahan ini — muzium interaktif yang dinamakan Petrosains. Terletak pada tingkat yang sama dengan kedai buku Kinokuniya, tempat ini ada kereta lumba Formula 1, pelantar minyak, simulator helikopter dan macam-macam lagi.
Tengok Panorama Kuala Lumpur dari Skybridge
Kalau harga tiket yang mahal bukan masalah, anda juga boleh merasa naik ke jambatan yang sambungkan dua menara ini. Namanya Skybridge KLCC.
Tapi tempah tiket awal sebab tiket terhad.
Layan Jazz kat Dewan Filharmonik Petronas
Di sini juga anda boleh menikmati persembahan klasik atau jazz di dalam sebuah dewan bertaraf dunia dengan kapasiti 865 tempat duduk. Tapi tempat ini ada dress code. Tak boleh lah pakai sandal masuk bang Dolah.
Taraf persembahan sini, taraf dunia. Tapi harga tiket, jauh lagi murah dari sepatutnya.
Pi Expo kat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terletak beberapa minit berjalan kaki dari KLCC. Ini tempat yang biasa orang buat konvensyen, pameran perdagangan dan pameran awam. Kalau waktu anda cuti dan ada expo kat sini, boleh jenguk-jenguk kalau dibuka untuk orang awam.
Kalau nak senarai yang lagi penuh, boleh rujuk kat artikel kami : 20 Tempat Menarik kat Sekitar KLCC
3 Tarikan Paling Top Kat KL
Hotel Terbaik Berdekatan KLCC
Kategori Hotel | Tempah Hotel | |
---|---|---|
Mandarin Oriental | Booking | Agoda |
Hotel Traders | Booking | Agoda |
Hotel Impiana | Booking | Agoda |
Hotel Pullman KLCC | Booking | Agoda |
Hotel Ibis KLCC | Booking | Agoda |
PNB Perdana | Booking | Agoda |
The Zon All Suites | Booking | Agoda |
Le Apple Boutique | Booking | Agoda |
Tentang Menara KLCC vs Menara Kuala Lumpur
Orang yang baru mungkin ingat yang kedua-dua tempat ini sama. Tapi tak. Kedua-duanya berbeza. Tapi itu bukan silap anda. Ini silap orang KL.
Sebab ada yang sebut KLCC sebagai Menara KLCC, Menara Petronas, Menara Berkembar dan bermacam nama lagi.
Senangnya ini yang perlu anda tahu. Menara Kuala Lumpur itu satu menara telekomunikasi. Warnanya putih dan hanya ada satu bangunan. Letaknya kat atas Bukit Nanas.
Kalau dalam bahasa orang putih, orang panggil ia KL Tower.
Menara KLCC ini pula adalah dua menara kembar. Rupanya macam roket besi. Dan di anatra 2 bangunan ini ada ada jambatan.
Itu bezanya.
Mana Lebih Tinggi? Menara KLCC vs Menara KL
Jawapannya mudah. Menara Berkembar KLCC lebih tinggi.
Tapi kalau dilihat dari jauh, Menara KL nampak lebih tinggi. Sebabnya, Menara KL dibuat di atas Bukit Nanas.