MENARA TELEKOMUNIKASI
Teknologi Canggih Malaysia
Ini sebenarnya menara telekomunikasi paling tinggi di Asia Tenggara. Dibina pula dalam hutan simpan Bukit Nanas.
Jadi special lah kan? Teknologi tinggi duduk dalam hutan dara.
Bila anda dah ke sini, anda boleh naik ke dek pemerhatinya. Dari atas tempat ini anda boleh tengok pemandangan kota Kuala Lumpur yang lebih baik daripada jambatan Skybridge kat KLCC.


MENARA TINJAU
Lihat KL Dari Menara
Benda paling asas anda boleh buat di Menara Kuala Lumpur ialah beli tiket ke kawasan Observation Deck dan tengok panorama KL dari teropong.
Kawasan ini dalam bangunan Menara KL, jadi tak risau samada hari panas lit lit atau hujan lebat.
SKYDECK
Dek Terbuka Bandaraya
Kalau anda ambil tiket yang lebih mahal, anda boleh naik ke kawasan dek terbuka KL Tower yang dipanggil Skydeck ini.
Rasa angin kuat kat kawasan ini dan panorama bandaraya KL dari 300 meter atas tanah.
Skydeck ini juga tarikan utama kat Menara KL ini. Dan dari kawasan berbumbungkan langit inilah kaki terjun BASE lompat tiap-tiap tahun.
Kalau datang dengan anak kecil, jangan risau, ada pagar kaca tinggi yang menghalang anda semua dari jatuh ke bawah.


SKYBOX
Lantai Kaca Atas Bandaraya
Ini tarikan yang tak ada masa Menara KL siap. Tapi dibuat untuk tambah lagi thrill bila dah kat kawasan Skydeck.
Kat sini anda boleh masuk ke kotak berdinding kaca sambil selfie atau wefie.
Kalau siang cantik, malam pun umpphh kalau cuaca baik dan kamera anda boleh rakam lampu-lampu bandaraya KL kat bawah.
Harga tiket untuk masuk ke sini sudah sekali dengan harga ke Skydeck.
Kl tower memang cantik..tak rugi pun pergi…service yg lain smua okay kecualiiiii sorang perempuan freehair tu punya service ja haukkkk !!
Kita keluaq line merah sikit ja pon pasal nk ambik anak kita …jaga pintu lift ja ponnn !!
Dia boleh sound cakap “lain kali ikut line..menyusahkan aku jaa herghh” hellooo !! Kau boleh je kot cakap baik2.. sorry cakap..muka kalau cantik tak guna..adab takdakk !!
Ada beberapa pilihan level utk sightseing dgn harga berbeza2.
Parking agak mahal sbb charge sekali rm10, tp ok la sbb dekat je.
Best! Monorail terdekat is bukit nanas. But perlu sedikit hiking naik bukit๐ . During weekdays tak ramai orang, lagi best. Just beli ticket advance, so no need mau beratur lagi.
Beli tix dkt Klook je. Senang.
Dtg weekdays tak ramai org. Tapi tgh hari panassss gilosss.
๐ overall cantik sgt2 berbaloi! Aku beli skybox & skydeck.
Dlm skybox kau boleh masuk + ambik gmbr 45 saat je tau. Dia ada dua skybox.
Skydeck korg boleh je duduk santai2 selfie wefie brapa lama pun selagi tak panas sgt2 hehehe.
Tq staff yang baik hati sudi ambilkan gambar kami. Parking rate RM10 ๐ตโ๐ซ sekali masuk.
Jika dibandingkan dengan beberapa tahun lepas, banyak attraction di kawasan kl tower sudah tiada macam rumah terbalik dan petting zoo.
Kami hanya pergi observation deck sahaja. Pergi hari biasa so tak ada orang selain kami ๐