Menara Maiden

Jika anda datang semasa bulan madu, jangan lupa menaiki bot ke Menara Maiden (Maiden’s Tower).

Dari menara ini, anda boleh melihat pemandangan masjid Topkapi, menara Galata dan pemandangan bandar lama Istanbul sambil menjamu selera di situ. Dibina pada kurun ke -7, menara ini dibina di atas sebuah pulau batu kecil yang terletak 200 meter dari tanah besar.

Sejarah Menara Maiden

Terdapat banyak kisah mengapa Menara Maiden dibina. Ada yang mengatakan ia dibina apabila ahli nujum raja Greek meramalkan yang puteri raja bakal dipatuk ular berbisa sehingga membawa maut bila umur puteri mencecah 18.

Bimbang, si raja membina Menara Maiden dan membesarkan puteri beliau di situ. Malangnya, si puteri akhirnya mati dipatuk ular yang menyorok di dalam bekas buah-buahan yang dibawa raja ke sini sempena menyambut hari lahir si puteri pada hari ramalan itu. Namun begitu, kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Apa yang pasti, ia pernah digunakan sebagai menara kawalan lalu lintas kapal, menara pertahanan, rumah api sehinggalah kepada tempat melayan tetamu terhormat di raja sewaktu zaman Uthmaniah.

Info Pengunjung

Menara yang kini menempatkan restoran ini boleh anda lawati sebelum senja dengan menaiki feri dari Salacak. Waktu terbaik ialah sebelum senja agar anda dapat menikmati pemandangan penuh romantis apabila matahari tenggelam.

Info Menarik

Menara ini pernah menjadi tempat penggambaran untuk filem James Bond – The World is Not Enough, filem Hitman dan pernah diabadikan di dalam wang kertas 10 Lira Turki.

Harga Tiket Untuk Bot

Dewasa : Lira 20 (~$4.89)

Waktu Bot

Setiap Hari : 9 pg – 6:45 ptg

Kredit : Tourmakerturkey, EverythingIstanbul