Menara Signal Hill

Tarikan Percuma

Tempat ini tempat anda layan view kota Kinabalu

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu, Sabah

LAYAN VIEW

Free

Walaupun boleh diakses dari pukul 8 pagi lagi, tapi seperti biasa, layan pemandangan bandar masa senja atau malam ialah masa paling cantik di sini.

Bentuk menara tinjau ini pun special — sebab dibuat semacam kapal UFO.

menara signal hill
Kredit : flyborneo

menara signal hill
Kredit : zechjamali

PILIH MASA

View Biasa

Walaupun ini tempat tertinggi di bandar Kota Kinabalu, pemandangan laut di tepi bandar KK terbatas disebabkan bangunan-bangunan bandar ini.

Kalau anda datang siang, pemandangannya biasa-biasa saja.

Lagipun pemandangan laut dari menara tinjau Bukit Bendera ini pun terhad.

Kalau anda mahu ke sini, masa terbaik ialah waktu senja atau malam.

Cuma pastikan anda ada kenderaan untuk balik ke hotel.

Trek Jalan Kaki

Anda memang cergas atau ada banyak masa?

Kalau ya, anda boleh naik mendaki anak tangga ke sini dari Jesselton Hotel.

Cara Ke Sini

Tiada bas ke sini.

Tambang uber/teksi dari pusat bandar sekitar RM 25.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Menara Signal Hill Menara Signal Hill
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)