Isi Kandungan :
Melaka tak ada banyak bangunan tinggi macam Kuala Lumpur.
Jadi menara dengan teknologi Swiss inilah antara cara terbaik untuk hangpa tengok kota Melaka dari atas.
Walaupun pelawat kadangkala agak ramai, jangan risau. Hangpa selalunya tidak perlu tunggu lama.
Sebab menara Taming Sari ini boleh bawa 66 orang pelawat dalam satu masa. Masa kat atas pun singkat — 7 minit sahaja.
Apabila ia naik ke atas, menara Gyro pertama di Malaysia ini akan berputar perlahan-lahan.
Hangpa akan dapat layan pemandangan kawasan bersejarah macam Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Masjid Selat sampai ke replika kapal Flor De la Mar.
Kalau hangpa takutkan tempat tinggi pun boleh naik.
Bukan apa. Baru nak cakap kat hubby yang hangpa takut, Taming Sari sudah pun mula turun balik.
Alternatif Kepada Taming Sari
Untuk tempat tengok panorama Melaka dari tempat tinggi dan peluang untuk berjalan atas jambatan kaca, boleh cuba The Shore Sky Tower.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 17 | 11 |
Pelancong Asing | 23 | 15 |
Beli Tiket Diskaun |
Tiket Diskaun
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 10 pg – 11 mlm
Sabtu – Ahad (dan cuti umum) : 9 pg – 11 mlm
Hotel Terbaik Berdekatan Menara Taming Sari
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Casa Del Rio | Booking | Agoda |
Hotel Hatten | Booking | Agoda |
Doubletree Hilton | Booking | Agoda |
The Straits Hotel and Suites | Booking | Agoda |
Hotel Estadia | Booking | Agoda |
Hotel Moty | Booking | Agoda |
Hotel Arissa | Booking | Agoda |
JomJalan Seluruh Melaka
Peta Ke Sini

Pemandangan dari Taming Sari. Kredit : : www.flickr.com