Isi Kandungan :
Antara yang Terbesar Di KL
Pusat membeli-belah mega ini ada 430 kedai-kedai.
Dan tumit anda pasti robek kalau anda ke sini dengan kasut tumit tinggi. Sebab tempat ini lima setengah tingkat.
Ada lima penyewa utama – Carrefour, Jusco, Golden Screen Cinemas, Metrojaya dan Harvey Norman. Jadi mencuci mata (dan poket) bukan sahaja menjadi satu pengalaman yang menarik tetapi juga sangat memenatkan.
Ia juga ada pusat boling canggih, pusat IT, 2 medan selera dan salah satu kedai buku terbesar di negara ini (MPH).
Untuk Anak-Anak
Kalau anda datang dengan anak-anak, anda boleh ke Dunia Haiwan Peliharaan untuk melihat atau membeli haiwan kesayangan.
Kalau anda Ibu bapa yang sudah penat dengan kerenah anak juga boleh meninggalkan mereka di Happy Drop dan Relax Shop di Funland Megakidz di tingkat 4.