Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

RM35.00

Jom belai arnab, bagi makan burung dan tengok ular kat sini nak?

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Penting
Tarikan ini telah ditutup pada tahun 2022
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 35 dewasa dan RM 29 kanak-kanak
Lokasi
Perkarangan KL Tower, Kuala Lumpur

Ditutup sementara / kekal

PETTING ZOO

Kecil dan Besar

Kat kaki Menara Kuala Lumpur sebenarnya ada mini zoo atau petting zoo. Yang cantik lagi, zoo ini dibuat dalam hutan dara yang boleh kata hampir dah tak wujud di KL.

Kalau nak ke petting zoo kat luar KL, ada je di Farm in the City atau G2G Animal Garden — yang kedua-duanya di area Seri Kembangan. Tapi yang ini betul-betul dalam KL.

Dalam kawasan mini zoo Menara KL ini ada 60 jenis binatang.

Dari spesis kura-kura terbesar dalam dunia sampailah ke jenis kuda paling kecil kat dunia.

mini zoo menara kuala lumpur

mini zoo menara kuala lumpur

8 ZONE

Ternakan hingga Liar

Ada 8 zon binatang kat sini. Ada binatang kampung macam ayam. Dan ada juga binatang berhabitat kat luar negara yang selalu tengok dalam National Geographic channel saja.

Nak tengok meerkat? Boleh. Llama? boleh. Wallaby? Pun apa salahnya.

Dan disebabkan kebanyakan binatang di sini jinak-jinak belaka, nak bagi makan pun boleh. Dan kalau setakat nak bergambar dengan burung yang bertenggek atas bahu itu memang bukan masalah.

Tapi sebab namanya pun mini zoo, janganlah pula nak berharap nak tengok gajah, zirafah atau panda.

Yang itu kena pi Zoo Negara lah sayang oi.

Tiket Mini Zoo KL Tower

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara3529
Pelancong Asing4838
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 26 July 2022

Waktu Operasi

Sabtu – Ahad : 10 pg – 9 malam

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Mini Zoo Menara Kuala Lumpur Mini Zoo Menara Kuala Lumpur
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)