Miniaturk - tempat menarik utk kanak-kanak di istanbul turki

Miniaturk

Ingin melihat kesemua bangunan bersejarah dan paling popular di Turki tetapi tidak punya banyak masa?

Tentang Tarikan Ini :

Apa kata anda pergi sahaja ke Miniaturk — taman yang memuatkan bangunan berskala kecil tarikan-tarikan pelancong ini?

Merupakan bandar mini terbesar di dunia, Miniaturk yang dibuka pada 2011 ini memuatkan monumen bersejarah dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman empayar Islam Uthamaniyah — jadi anda akan dapat melihat kesemua binaan bersejarah ini di dalam satu tempat.

Jika anak anda sudah merengek, ada taman permainan kanak-kanak, keretapi mini dan simulator helikopter untuk mereka bersantai sambil dibuai angin laut.

Waktu Operasi

9pg – 5ptg

Harga Tiket

Lira [currency base=TRY]10[/currency]

Jomjalan