Isi Kandungan :
Nama tempat ini Min Nature. Ha! Memang catchy dan sesuai sangat nak menggambarkan semua bangunan, pokok, jalan dan kereta yang saiznya kenit-kenit.
Tempatnya pun di shopping mall. Jadi alang-alang ke sini, boleh rehat atau bershopping sakan juga.
Apa Yang Ada Kat Min Nature?
Kata bos MinNature, ini kumpulan model saiz kecil dalam dewan tertutup yang paling besar dalam Asia.
Setiap satunya, dibuat tangan, dan dibuat anak Malaysia.
Tiap-tiap minggu, mereka tukar model dan diorama yang ada di sini. Jadi tak akan bosan.
Dan kalau tangan gatal-gatal nak memegang, ada tuil yang boleh anda tekan sana sini untuk model yang lebih interaktif.
Model yang ada di sini, bukan sahaja bangunan ikonik di Kuala Lumpur. Tapi juga siap ada solar panel, gunung berapi dan train yang bergerak.
Dan untuk buat lebih seronok, ada aktiviti macam Treasure Hunt dan Cari Barang Pameran yang Hilang yang boleh diikut.
Nak Buat Model Sendiri?
Apa tak bolehnya? Ada workshop kat sini yang ajar anak anda buat model sendiri. Cumanya harganya tak murah.
Apapun ini pilihan yang ada :
- RM 15 – model pokok
- RM 25 – rumah kampung
- RM 35 – rumah kampung dengan lanskap
Harga Tiket
Anak 3 tahun ke bawah masuk percuma
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 25 | 20 |
Pelancong Asing | 35 | 20 |
Beli Tiket Diskaun Minnature |
Hotel Terbaik Berhampiran Minnature
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Hotel Ritz Carlton | Booking | Agoda |
Hotel Grand Millenium | Booking | Agoda |
Hotel Shangri-La | Booking | Agoda |
Hotel KL Journal | Booking | Agoda |
Hotel citizenM | Booking | Agoda |
Lanson Place Bukit Ceylon | Booking | Agoda |
Hotel Mov | Booking | Agoda |
Gold3 Boutique | Booking | Agoda |
Hotel Innb | Booking | Agoda |
Ceria Hotel | Booking | Agoda |
Tiket Diskaun
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg to 10 mlm (kemasukan terakhir 8 mlm)
Tarikan Berdekatan
Minnature ini sekarang di Sungei Wang kat Bukit Bintang. Jadi banyak tarikan lain yang boleh anda layan. Boleh shopping kat area Bukit Bintang, pi makan special kat Dinner in The Sky, Dining in The Dark atau Plane in The City.
Kalau nak layan Muzium Selfie atau Muzium Ilusi atau cuba belajar bawa kapal terbang dengan Flight Experience atau layan Gokart pun boleh.
Lokasi asalnya dulu dekat dengan Sunway Pyramid. Dulu kalau nak ber shopping, main air di Sunway Lagoon, atau main luncur ais boleh sangat lah.