tempat menarik singapura - mint toy museum

MINT Singapore Toy Museum

Suka mainan ya? Ini tarikan yang bakal buat anda melompat gembira.

Tentang Tarikan Ini :

Muzium ini, macam kebanyakan muzium permainan, bermula dari koleksi peribadi.

Tapi bila dah terlampau banyak, buat apa simpan kalau boleh kongsi?

Jadi pada 2007, muzium ini membuka pintunya dengan sejumlah lebih 50,00 mainan.

Dan mainannya cukup antik dan nostalgik. Ada yang umurnya lebih 100 tahun.

Apapun, kami rasa ia tak sesuai untuk anak-anak.

Sebabnya mereka mungkin ingat mereka boleh datang nak bermain. Tapi yang mereka dapat cuma tengok mainan yang mungkin tak bermakna pada mereka.

mint-toy-museum-singapore4

Tapi kalau anda sudah berumur 40 ke atas, muzium ini mungkin buat anda tersenyum.

Anda akan dapat lihat mainan dari era anda sehinggalah ke zaman atuk anda.

Dan dikumpul dari 25 negara, adalah permainan yang nilainya bukan ratusan, tapi ribuan wang kertas Singapura.

Ada robot, ada teddy bear sampailah ke permainan yang datang dari show TV macam Batman dan Mickey Mouse, semua disimpan rapi dalam bekas kaca muzium ini.

Sayangnya cuma satu. Tak ada maklumat tentang mainan-mainan ini kat situ.

mint-toy-museum-singapore-800x450

Satu lagi tempat ini bukan sahaja special disebabkan koleksi berpuluh ribu mainannya, tapi juga sebab bangunannya sendiri.

Bangunan 5 tingkat yang tak ada tingkap ini banyak menang anugerah seni binaan antarabangsa.

Memang ia nampak simple, tapi dibuat dengan penuh teliti. Bonus untuk mereka yang sukakan architecture.

Harga Tiket

Dewasa (SGD)Kanak2 (SGD)
Harga Tiket Walk-In3020
Beli Tiket Diskaun
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Jan 2024

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9:30 pg – 6:30 ptg

JomJalan Seluruh Singapura

Tempat menarik lain kat Spore
Promosi tarikan & flight ke Spore

 

Jomjalan