Mitsui Outlet Park

Tarikan Percuma

Kalau kedai bebas cukai KLIA belum cukup, singgah shopping sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 3 jam
Harga Tiket
Percuma
Jarak Dari KL
58 km / 1 jam 10 min
Lokasi
Persiaran Komersial, KLIA, 64000 Sepang, Selangor

BEBAS CUKAI

Kasut & Pakaian

Ini kedai bebas cukai 2 tingkat.

Dengan brand yang tak banyak ada di mall Malaysia macam Onitsuka Tiger, Le Creuset dan Versace.

Cuma kebanyakan kedai kat sini fokus kepada kasut dan pakaian sukan.

Jadi kalau setakat Nike atau Adidas, memang tak ada masalah.

mitsui outlet park

mitsui outlet park

BARANG BRANDED

Off Season

Tapi pada pandangan kami, barangan yang dijual tak macam barang branded yang dijual kat JPO, Genting Premium Outlet atau Design Village.

Sebab barang yang dijual, walaupun off season, bukan jenis yang biasa di mall tempat anda.

Sebab kat sesetengah butik sini, kasutnya masih dalam lingkungan RM 500 – 700 selepas diskaun.

PARKING LUAS

Tempat Makan

Apapun, parking kat sini luas. Dan lokasinya pun senang nak jumpa.

Cuma kalau nak makan, tak banyak pilihan yang ada.

mitsui outlet park
default

Tips Pengunjung

  • Ia dalam 5 minit ke KLIA. Dan ada shuttle ulang alik percuma dari sini ke KLIA.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Mitsui Outlet Park Mitsui Outlet Park
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)