Isi Kandungan :
Kalau anda datang ke Langkawi dengan kawan-kawan kaki kereta, ini antara tempat yang anda wajib cuba. Dan semua orang boleh tunjuk siapa jaguh kat tempat yang tak kacau sesiapa.
Kalau kat tempat lain, kawasan gokartnya ala-kadar sahaja. Tapi kat Morac Adventure Park ini, anda akan main GoKart dalam litar bertaraf antarabangsa. Dan disebabkan standard tinggi, kalau litar lain di Malaysia panjangnya cuma beberapa ratus meter, litar kat sini dah macam mini Sepang. Panjangnya 1.5 km dan ada 12 selekoh.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Dan inilah litar yang digunakan untuk tournament GoKart antarabangsa kalau kat Malaysia.
Apa? Takut panas? Jangan risau, macam yang anda tengok kat atas, Morac Adventure Park ini dibuka sampai tengah malam.
Tempat Canggih
Yang lebih canggih, kat tempat ini masa anda pusing lap bukan sahaja dicatat, tapi dihantar ke telefon.
Lagi canggih dari itu, anda akan juga dapat tengok ranking anda dibandingkan dengan orang lain. Hah! Baru tahu hebat ke tak kan?
Jenis GoKart
Kebanyakan GoKart yang anda pernah main, selalunya dah macam motor atuk opah kat Kuala Pilah.
Tapi kat Morac ini, gokartnya jenis Sodikart SR4 buatan Perancis yang jauh lebih baik dari kebanyakan yang ada dalam Malaysia.
Owner Morac Adventure Park
Tempat ini diuruskan oleh 2 pelumba kereta — Fairuz Fauzy yang pernah menjadi pelumba percubaan F1 untuk team Spyker dan juga Genji Hashimoto, antara pelumba GT handalan Jepun.
Harga Tiket
1 Sessi | 3 Sessi | 5 Sessi | 10 Sessi | |
---|---|---|---|---|
Harga (RM) | 75 | 215 | 355 | 690 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg – 12 tengah malam