PENDAKI GUNUNG
Naik 4WD
Kalau anda pendaki gunung, kawasan Mossy Forest yang dikatakan tempat pengambaran filem Puteri Gunung Ledang bukanlah tempat baru.
Tapi jalan ke sini tak cantik. Jadi tempat tarikan ini tidak banyak dikunjungi orang.
Kalau nak ke sini, sebenarnya boleh. Tapi dengan bantuan kenderaan 4WD pemandu pelancong.


LAYAN SUASANA
Hutan Lumut
Bolehlah rasa naik platform kayu sambil layan suasana hutan berlumut yang berbeza dari hutan-hutan yang biasa dalam Malaysia.
Kat sini anda ada kawasan hutan sejuk yang penuh dengan lumut — dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah.
Anda juga dapat nampak bandar Ipoh dari kawasan gunung ini. Itupun kalau kabus tak tebal.
Umpama berada di dunia lain…betul3 dlm awan..
Pastikan kasut yg sesuai
Mmg sejuk hingga ke tulang
Amik tour guide nak merasa naik land rover lame aje. Boleh naik kenderaan sendiri dgn risiko sendiri. Bayaran masuk rm10 dewasa utk local dewasa.
Tempat mmg cantik, menara boleh naik 8 org dlm 1 masa, kalau lebih dan goyang tanggung la sendiri.
Sampah pls kalau tong x muat, masuk beg masing² semula.
Kami mendaki bersama pink panther yg dikenakan bayaran sebanyak rm35/head. Perjalanan mengambil masa 25-30 minit mendaki di tebing bukit sebelum tiba di puncak.
Di atas di sediakan kawasan penjalan kaki sehingga kami terserempak dgn keluarga yg membawa anak kecil bersama membuktikan trek berjalan kaki di atas selamat, cuma terdapat 2-3 kawasan lembah yang tangga lebih curam dan licin.
Dikenakan bayaran sblm menaiki trek sy prefer bawa cash sbb masih blm ada online transfer di atas.
Trek yang berselut/lecak (musim hujan juga ni, Oct)
Hiking pole tak membantu (simpan saja) since banyak akar pokok.. berpaut saja la.
Better pakai glove.
Best sangat²
Sejuk gile
Xnampak view
Sbb kabus terlalu tebal
Dpt sentuh bunga yg jarang² dsentuh Dan d jumpai☺️