Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

RM144.00

Penting
Taman tema ini telah ditutup mulai 28 Januari 2020 kerana masalah kewangan yang serius. Info di bawah hanya untuk rujukan sahaja.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 144
Lokasi
Meru, Ipoh, Perak

Ditutup sementara / kekal

GAYA USS

Saiz Mini

Kalau anda sudah ke USS, rendahkan harapan anda.

Kalau USS standardnya 5 bintang, MAPS Perak hanya sekadar taman tema bertaraf 3 bintang.

Dari segi lokasi, MAPS memang senang nak dilawat. Apa taknya, letaknya cuma di tepi lebuhraya utara selatan, di susur keluar . Tapi buat masa ini, tak semua tarikan dibuka.

Oleh sebab kurang sambutan, taman tema ini sekarang dah buka untuk semua orang masuk dengan percuma.

movie animation park studios (maps) ipoh

movie animation park studios (maps) ipoh

SATU TIKET

Semua Tarikan

Bila dah di dalam MAPS, kalau anda nak cuba salah satu tarikan, anda cuma perlu beli tiket untuk tarikan itu sahaja.

Maksudnya, kalau nak datang masuk free dan bergambar sahaja pun boleh.

Taman tema ini untuk keluarga dengan anak kecil. Jadi kalau anak anda sudah masuk ke tingkatan, ini bukan tempat sesuai. Mungkin Lost World lebih baik.

Untuk anak anda yang umur tadika, boleh terus ke Fantasy Forest. Dan bila anda dah bosan melayan anak, anda boleh beratur untuk main bumper car.

Tiket MAPS

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara144114

Aktiviti

Boleh masuk ke Boboiboy 4D. Boleh rasa ekspedisi Boboiboy lalu ribut kat laut nak ke pulau terapung. Kalau anak anda peminat tegar BoboiBoy, jangan lupa singgah order air kat Kokotiam Tok Aba. Jangan lupa tengok live show stuntman kereta & motor. Tapi duduk di baris atas, melainkan anda suka makan asap. Ada rumah hantu The Sacred Rianna kat sini. Alah, ahli magik Indonesia yang masuk separuh akhir America’s Got Talent tu.

Tips Pelawat

  • Kawasan di luar MAPS Ipoh, ada banyak kedai makan. Dari McDonalds dan Dominos Pizza sampailah ke mamak dan food truck. Jadi kalau boleh tahan lapar, tunggu keluar MAPS untuk makan di luar saja.
  • Hotel baik yang paling dekat ialah Casuarina Meru. Ada juga motel 2 bintang dalam jarak 10 minit memandu dari sini.
  • Bersedia dengan payung, sunscreen dan stroller untuk anak kecil.
  • Beli tiket online. Lebih murah dan tak perlu pening beratur.

Waktu Operasi

Tutup Rabu
Isnin – Khamis : 4 ptg – 12 mlm
Jumaat – Ahad : 10 pg – 12 mlm