Tentang Tarikan Ini :
Muzium Ilusi kat Kuala Lumpur ini kecil sahaja, dan harga tiket masuk pun agak premium.
Tapi mengikut review ramai yang dah jenguk, ini muzium yang cool!
Dari bilik anti gravity yang boleh buat anda nampak macam melawan hukum alam, sampailah ke bilik Ames yang boleh buat dua orang dalam satu bilik nampak seorang besar, seorang kenit, semua benda yang ada dalam muzium ini dibuat semacam magic.
Tapi semuanya ilusi. Alah, macam David Copperfield atau Darren Brown tu.
Tapi lain dari lukisan 3D macam di Illusions 3D Art kat Central Market.
Nak sorok badan boleh, nak jadi besar boleh, nak merasa masuk dalam terowong yang berputar-putar pun boleh ( walaupun sebenarnya terowong duduk diam sahaja).
Kalau bilik sedang ada orang, boleh masuk ke playroom.
Ada mainan uji minda yang boleh digodek-godek — bagus untuk kawan-kawan yang perasan cerdik.
Boleh lah digelakkan depa tu.
Apa yang penting, kalau nak ke Museum of Illusions, sila datang dengan kawan atau family.
Mana best rasa pelik sendiri-sendiri?
p/s Kalau nak senang lawat, kami sarankan tidur di hotel Bukit Bintang sahaja.
Harga Tiket Museum of Illusion
Harga Tiket Walk-In | Warga Malaysia (RM) | Pelancong Asing (RM) |
---|---|---|
Dewasa | 45 | 55 |
Kanak-Kanak | 35 | 45 |
Pelajar | 40 | 50 |
Warga Emas | 40 | 50 |
Beli Tiket Diskaun Muzium Ilusi | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024 |
Hotel Best Berdekatan Muzium Ilusi
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Hotel Ritz Carlton | Booking | Agoda |
Hotel Grand Millenium | Booking | Agoda |
Hotel Shangri-La | Booking | Agoda |
Hotel KL Journal | Booking | Agoda |
Hotel citizenM | Booking | Agoda |
Lanson Place Bukit Ceylon | Booking | Agoda |
Hotel Mov | Booking | Agoda |
Gold3 Boutique | Booking | Agoda |
Hotel Innb | Booking | Agoda |
Ceria Hotel | Booking | Agoda |