MILIK PERSENDIRIAN
Keluarga Kaya
Muzium persendirian yang dekat dengan Jonker Walk ini sebenarnya merupakan rumah keluarga Chan Chen Siew sejak tahun 1900an.
Tetapi sekarang anda boleh masuk dan tengok sendiri warisan sejarah ini.
Bila ke sini, anda boleh lihat gaya Baroque sebuah rumah Cina yang mewah.
Anda juga boleh rasa pengalaman berada di rumah 3 generasi Baba dan Nyonya di Melaka.
BANGSA UNIK
Minoriti Malaysia
Tempat ini dahulunya dikenali sebagai Gentleman Street.
Dan kawasan rumah dengan gaya Belanda di jalan ini hanya mampu dihuni oleh hartawan-hartawan Melaka.
Kalau anda ke Melaka, jangan lepaskan peluang seumur hidup untuk masuk ke sini dan menjejak sejarah unik Baba Nyonya.
Bukan apa, bangsa ini mungkin ditelan sejarah satu ketika nanti.
Melaka terkenal dengan sejarahnya sebab tu banyak muzium disini, sesekali melawat Melaka pergilah singgah Muzium baba nyonya ni sudah 4 generasi muzium ni
setiap sudut dihias barangan antik yang terpelihara dengan baik premis ini ada 2 tingkat dan semuanya dijaga dengan penuh teliti
jika anda ingin mengetahui sejarah tuan rumah ini boleh lah datang sendiri dan ketahui dengan terperinci
ada tiket masuk ya waktu masuk staff akan terangkan dahulu sebelum anda melewati setiap kawasan muzium ini dan akan diberi buku maklumat untuk memudahkan anda memahami sambil melihat kawasan muzium ini
tak perlu segan untuk mengetahui sejarah dunia lagi-lagi yang berada didalam negara kita kan🥰🥰
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️