Isi Kandungan :
Di sini, anda boleh melihat demonstrasi secara langsung cara-cara pembuatan coklat buatan tangan serta mempelajari bagaimana imej dicetak ke coklat, kek dan biskut di dapur coklat.
Pada akhir lawatan, anda boleh membeli-belah coklat kegemaran anda pada harga lebih murah dari harga pasaran. Jenama yang dijual adalah jenama tempatan seperti Fidani, Danson dan Milton serta jenama antarabangsa terkenal seperti Ferrero dan Hershey di kedai runcit muzium.
Muzium ini dijangka menambah ruang makanan dan minuman serta mengadakan kelas membuat coklat untuk kanak-kanak dalam masa terdekat.
Mereka yang merancang untuk melawat dalam kumpulan yang besar dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan kakitangan muzium terlebih dahulu (di talian +603 6156 9960 atau e-mel di chocolatemuseum@drgroup.com.my)
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Ruang Muzium 1 | Percuma | Percuma |
Ruang Muzium 2 | 10 | 10 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10pg – 5ptg