Muzium Diraja

RM5.00

Nak tahu bagaimana rasanya tinggal dalam istana? Muzium Diraja Negara tempat terbaik untuk itu kat Malaysia.

Penting
Muzium ini ditutup sementara untuk kerja baikpulih. Ia dijangka bakal dibuka semula pada April 2025.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 5 dewasa dan RM 2 kanak-kanak
Lokasi
Muzium Diraja, Jalan Istana, 50460 Kuala Lumpur

Ditutup sementara / kekal

BEKAS ISTANA NEGARA

Rumah Terbesar di KL

Membuka pintunya pada 1 Februari 2013, Muzium Diraja ini sebenarnya adalah istana negara lama sebelum istana baru disiapkan pada 2011.

Dulu inilah tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong sebelum kerajaan menukarkannya kepada muzium.

Dan sebelum dijadikan istana, ini sebenarnya rumah milik seorang taukey Cina bernama Chan Wing.

Pada masa ia dibina (sekitar 1920an) rumah ini adalah rumah agam terbesar dalam Kuala Lumpur. Dalam rumah ini, taukey ini menempatkan 8 orang isteri dan lebih 20 anaknya (ya, angka tu kami tak salah taip).

muzium diraja

muzium diraja

MASUK ISTANA

Tengok Kelengkapan Diraja

Bila anda ke sini, anda akan dapat tengok sendiri 22 ruang dalaman istana — dari balairong seri, pejabat, ruang makan hinggalah tempat istirehat ketua negara.

Dahulunya istana ini dikawal rapi pengawal berkuda dan tidak dibuka untuk umum. Tapi sekarang anda boleh masuk ke dalam istana dan dengar sendiri penerangan bekas pengawal istana sewaktu lawatan berpandu ke sini.

MASUK KAWASAN LARANGAN

Hingga Tempat Beradu

Anak-anak anda mungkin menguap. Tapi kalaulah anda sukakan sejarah, tempat ini istimewa.

Bukan apa, anda bukan sahaja boleh masuk ke tempat yang biasa-biasa, tapi juga boleh masuk ke ruang beradu Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Tu dia!

Untuk makluman, ruang ini memang kawasan terlarang.

Dikatakan pengawal yang telah puluhan tahun berkhidmat pun tidak dibenarkan masuk sebelum ini, sampailah ianya dijadikan muzium.

Jadi, jangan kata anda tidak bertuah bila ke sini!

muzium diraja

Tiket Muzium Diraja

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara52
Pelancong Asing105
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2023

Waktu Operasi

Tutup : Isnin pertama setiap bulan Tutup: 2 hari raya pertama Aidilfitri & Aidiladha Isnin – Ahad : 9 pg – 5 ptg (kecuali Isnin pertama setiap bulan)

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Muzium Diraja Muzium Diraja
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)