NOSTALGIA
Permainan Tradisi
Masalah dengan anak-anak sekarang ialah mereka tidak tahu bermain sendiri kalau tiada telefon, komputer atau tablet.
Dan mata masing-masing melekat pada skrin, walaupun duduk sebelah menyebelah.
Kalau itu masalah anda, sudah sampai masanya untuk anda tunjukkan permainan sebenar.
Jom kita terjah GohKaki Muzium, Penang dengan anak-anak masa cuti di Penang nanti.


MAINAN LAMA
Interaktif
GohKaki menyimpan, menunjukkan dan mengajar anak anda permainan dulu-dulu.
Ada batu seremban. Ada congkak, ketingting sehinggalah permainan getah.
Semuanya permainan dengan barang-barang yang boleh kita dapat di keliling kita.





