Muzium Islam Melaka

RM3.00

Ambil tahu tentang Melaka dan Islam. Dan tengok artifak dan replika masjid kat sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 45 min
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 3 dewasa dan RM 2 kanak-kanak
Lokasi
Muzium Islam Melaka, Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Add to Cart
muzium islam melaka 2
Muzium Islam Melaka
RM3.00

ARTIFAK

Sejarah Islam

Muzium Islam Melaka ini special.

Sebabnya ia muzium yang menyimpan pelbagai artifak Islam, tapi dibuat dalam bangunan merah yang ditinggalkan Belanda.

Dulu ia bangunan Majlis Agama Islam Melaka.

Tapi sudah ditukar jadi muzium yang ada replika masjid-masjid warisan di Melaka, senjata-senjata lama orang Arab, replika pedang Rasullullah saw, serta kitab-kitab lama karangan ulama-ulama nusantara.

muzium kesultanan melaka

muzium kesultanan melaka

UTK FAMILY

Buka Minda

Muzium Islam ini cuma 3 minit dari bangunan Stadthuys.

Jadi sepatutnya bukan masalah untuk anda jenguk.

Muzium tiga tingkat di Jalan Kota ini juga ada koleksi Al-Quran dengan bersaiz besar, terjemahan Al-Quran dalam bahasa Mandarin serta keris Melayu yang siap ada ukiran ayat Al-Quran.

Kalau anda ada anak yang bersekolah, ini tempat yang wajib mereka masuk.

Senang mereka faham yang perdagangan atau bisnes bukan saja cara mencari kaya, tapi ia juga cara Islam disebar di seluruh nusantara.

Tiket Muzium Islam

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara32
Pelancong Asing53
Harga tiket dikemaskini sehingga : 11 Feb 2025

Waktu Operasi

Isnin Tutup Selasa – Ahad : 9 pg – 5:30 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Muzium Islam Melaka Muzium Islam Melaka
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)