al quran di muzium islam sarawak

Muzium Islam Sarawak

Masuk ke sini dan tengok artifak dunia Islam di timur tengah dan juga pengaruh Islam di Sarawak.

Muzium kecil dan percuma kat Kuching ini ada pelbagai artifak dunia Islam yang cukup mengkagumkan.

Antara artifak yang anda dapat lihat termasuklah tembikar dari Eropah yang ada unsur-unsur Islam, batu bersurat dari Brunei, replika masjid sehinggalah kepada barang peribadi seperti pelana unta pemerintah Libya, Muammar Gadaffi.

perhiasan di muzium islam sarawak

Seperti kebanyakan muzium, bangunan ini juga bersejarah. Ia dahulunya ialah Maktab Melayu James Brooke. Kemudian ia bertukar kepada madrasah pada 1930. Ia kekal begitu cukup lama sehingga dijadikan Muzium Islam pada 1992.

peti hiasan muzium islam sarawak

alat muzik muzium islam sarawak

Kami fikir, ini antara muzium yang bagus untuk anda singgah masa cuti anda di Kuching.

Bukan sahaja sebab ia percuma dan dekat dengan Kuching Waterfront (15 minit jalan kaki), tapi sebab anda dari sini ia akan buat tahu sejarah kegemilangan orang Islam di Borneo dan bahagian lain kat dunia.

Lagipun, kalau anda nak tengok muzium hampir sama dengannya kat tempat lain dalam Malaysia, macam Muzium Kesenian Islam KL, harga tiketnya pun mahal.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Tutup pada cuti umum, perayaan
Isnin – Jumaat : 9 pg – 4:45 ptg
Sabtu, Ahad, Cuti : 10 pg – 4 ptg

Peta

Center map
Get Directions