Muzium Kapal Selam

RM10.00

(3 review)

Tempat menarik Melaka yang satu ini unik. Kat Malaysia hanya ada di Melaka.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 30 min
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak utk warganegara Malaysia
Lokasi
Jalan Klebang Besar, 76400 Tanjung Kling, Melaka, Malaysia

Add to Cart
muzium kapal selam front
Muzium Kapal Selam
RM10.00

BERSEJARAH

Pertama Malaysia

Kapal selam bernama SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis ini dulunya dibeli Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ia dulunya tempat latihan krew pertama kapal selam negara ini.

Dibina pada tahun 1979, kapal selam tua seberat 1,200 tan ini kemudian dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium. Belanjanya bukan sikit — RM 12.6 juta — sebagai simbol negara sudah maju dalam pertahanan maritim.

muzium kapal selam

muzium kapal selam

KERJA KERAS

Jadikan Muzium

Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah semasa ia belayar di lautan Atlantik pada tahun 2009.

Lepas itu, ia jadi kapal latihan sebelum diangkut menggunakan kapal kargo.

Proses bawa kapal di dalam laut ini naik ke darat pun bukan kerja senang. Nak tarik ke pantai Klebang pun, terpaksa guna trailer khas yang ada 480 tayar sebelum diletakkan di Dataran 1Malaysia.

DULU VS KINI

Lihat Isinya

Semasa awal dibuka, pelawat hanya boleh melihat kapal ini dari luar.

Tapi sekarang, jangan risau, anda sudah boleh masuk ke dalam.

Jadi anda boleh tengok tempat simpanan peluru torpedo, ruangan kawalan kapal, dapur serta tempat tidur crew masa masuk ke sini.

muzium kapal selam

Tiket Muzium Kapal Selam

Harga Promo

tiada

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara105
Pelancong Asing2010
Harga tiket dikemaskini sehingga : 1 Jan 2024

Waktu Operasi

Waktu Operasi
IsninTutup
Selasa - Ahad9 pg - 5 ptg

Pakej Bermalam

Kalau anda dan keluarga (atau syarikat) berminat nak rasa suasana bermalam dalam kapal ini, muzium Melaka juga ada pakej Bermalam di Dalam Kapal Selam.

Jumlah minima peserta ialah 25.

Harga seorang dulunya RM 150 (mungkin lebih tinggi sekarang).

Nak tempah, boleh telefon pegawai PERZIM kat 06-281 4226

Coconut Shake

Dalam perjalanan ke sini, anda akan lalu gerai Klebang Original Coconut Shake dekat dengan Shah Beach Resort.

Jangan lupa singgah layan coconut shake pantai Klebang yang popular kat Melaka ini.

Muzium Seumpamanya

Selain Malaysia, Indonesia pun ada muzium kapal selamnya sendiri kat Surabaya.

Bezanya kapal selam KRI Pasopati 410 dibuat oleh Soviet.

Cuma kapal mereka juga memang lebih bersejarah sebab pernah diguna oleh Indonesia masa lawan Belanda sewaktu perang Laut Aru.

Wah! Wah!

3 review utk Muzium Kapal Selam

4.7
Berdasarkan 3 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
33
33%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Best pergi sini walaupun tak banyak untuk kita tengok. Khas untuk orang yang suka dengan war machine. Ada submarine, 2 old jet fighters & pony ride. Harga caj berpatutan. Free untuk budak bawah 6 tahun. Cafe tak bukak. Pusing² ad la dalam sejam je.

    (0) (0)
  2. Dalam kapal selam tu sempit. Yang ada anak bawa stroller tak digalakkan bawa sbb dalam kapal selam tu tak ada laluan yang besar. Ngam ngam untuk seorang jalan. Boleh tengok macam dalam gambar. Dapat tengok macam mana keadaan dalam kapal selam. Walaupun sempit tapi macam macam ada dalam tu.

    Ada tempat masak, ada tempat tidur, ada toilet. Lengkap. Best dapat experience masuk kapal selam. Area luar ada juga muzium untuk tengok jet pejuang untuk perang. Menarik.

    Ada cas dikenakan untuk masuk sini. Tapi tak ingat berapa. Yg penting sorang tak lebih rm10.

    (0) (0)
  3. Sesuai untuk yang suka mekanikal kapal selam dan sejarah. Persekitaran luar yang bersih dan cantik untuk bergambar. Walau bagaimanapun, ruangan dalam kapal selam sempit dan laluan agak mencabar untuk dilalui oleh kanak-kanak kecil.

    Tak dapat baca info dalam kapal selam kerana laluan yang sempit dan perlu beri laluan kepada pengunjung lain.

    Trigger alert for claustrophobic. Terdapat aktiviti alternatif iaitu berkuda yang menarik.

    Paling terbaik ialah ada fasiliti surau yang luas untuk pengunjung solat dan berehat. Mungkin boleh promosikan lagi kewujudan restauran.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Muzium Kapal Selam Muzium Kapal Selam
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)