Isi Kandungan :
Di bina di kaki Bukit St. Paul dan dalam jarak jalan kaki ke kota A Famosa, muzium ini dibina dengan kayu cengal dan berlian dari Sarawak.
Untuk memastikan ianya sama macam istana asal, ia pun dibina tanpa paku.

Kredit : /syawalameron
Selain dibuat mirip dengan istana Sultan Mansur Shah (ruang muzium ada Balai Beradu dan Balairong Seri) ia juga dihias dengan kerja-tangan Melayu.
Jadi anda boleh tengok sendiri ukiran-ukiran awan larat kat dinding dan tiangnya.
3 Tarikan Paling Top Kat Melaka
Lihat Perkakasan Diraja
Tak berminat dengan senibina? Aduhai.
Kalau begitu, apakata anda layan 1,300 artifak yang ada — contohnya seperti tengkolok dan kelengkapan diraja, senjata, barangan kemas.

Kredit : /aqilahhyasminn
Ada juga patung yang merakamkan peristiwa sejarah dan lagenda Melayu seperti pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat.
Muzium ini agak besar dari muzium lain di Melaka. Jadi kalau anda baru saja turun dari atas bukit St Paul kat A Famosa, jalan perlahan-lahan dan bawa air minuman secukupnya.
Kalau pengsan sambil berbuih mulut siapa nak tolong?
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 10 | 5 |
Pelancong Asing | 20 | 10 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Ogos 2022 |
Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 9 pg – 5:30 ptg
Hotel Terbaik Berdekatan Muzium Kesultanan
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Casa Del Rio | Booking | Agoda |
Hotel Hatten | Booking | Agoda |
Doubletree Hilton | Booking | Agoda |
The Straits Hotel and Suites | Booking | Agoda |
Hotel Estadia | Booking | Agoda |
Hotel Moty | Booking | Agoda |
Hotel Arissa | Booking | Agoda |

Kredit