muzium kucing sarawak

Muzium Kucing

Ini tempat khas untuk pencinta sang bulus habiskan masa cuti mereka di Kuching.

Kalau anda memang sukakan kucing, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke muzium ini. Dalam muzium ini, anda akan dapat tengok lebih 2,000 lukisan, komik, patung dan memorabilia berkenaan dengan haiwan berbulu ini.

Bahan pameran ini dikumpul dan disumbang oleh orang ramai dari seluruh dunia. Antara yang paling menarik ialah mumia kucing yang dijumpai di Egypt yang dikatakan berumur lebih 3000 BC. Muka kucing mumia ini dulunya ditutup dengan topeng kayu.

kawasan dalam muzium kucing sarawak

Ada juga beberapa tempat dalam muzium ini kalau anda nak rakamkan gambar kenang-kenangan bertemakan kucing dengan kawan-kawan.

Cuma sayangnya ia tak ada kafe kucing. Kalaulah ia ada beberapa ekor kucing di dalam kawasan muzium, tempat ini mungkin akan jadi lebih hit.

pintu masuk muzium muzium kucing sarawak

Kalau anda tak kisah pun tentang kucing, muzium ini mungkin membosankan. Untuk setengah orang, ia mungkin juga menakutkan disebabkan muzium ini penuh dengan patung kucing yang kecil, yang besar.

Apapun, kami sarankan hanya masuk kalau memang die-hard fan binatang ini, atau anda dah habis tempat lain nak pergi masa kat Kuching.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara32
Pelancong Luar32

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9 pg – 5 ptg

Peta

My location
Get Directions