Isi Kandungan :
Walaupun bunyinya seperti muzium besar, ia sebenarnya ialah muzium kecil.
Tempat ini sebenarnya milik syarikat penternakan lebah Soon Lee. Syarikat ini ada sejak tahun 1978 lagi.
Muzium ini kelihatan usang. Tetapi jangan terkejut — jumlah pengunjungnya dikatakan dalam 50,000 sebulan.
Muzium ini juga ada kakitangan yang mahir tentang lebah dan ada lebih 200 jenis sarang lebah dan penyengat lain untuk hangpa tengok.
Kalau selama ini kalau disebut lebah, hangpa hanya tahu madu, muzium ini bakal mengubah persepsi itu.
Sebab selain madu, hangpa akan diperkenalkan kepada pelbagai hasil lebah lain — dari propolis dan royal jelly sehinggalah kepada khasiat memakan anak lebah dan sengat lebah. Ha! Jangan tak percaya!
Jom Beli Madu
Kalau hangpa mencari madu asli, tidak perlu pergi jauh.
Di sini ada madu dan produk berasaskan lebah lain yang dikilangkan oleh syarikat Soon Lee ini.
Antara yang dijual adalah madu cukal epal (Apple Cider Vinegar) dan Madu Bisa Lebah
Tiket Masuk
Waktu Operasi
Setiap Hari: 10:00 pg – 6:00 ptg
Hotel Terbaik Berdekatan Muzium Lebah
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Ames Melaka | Booking | Agoda |
Amverton Heritage Resort | Booking | Agoda |
Metrasquare | Booking | Agoda |